Utusan Borneo (Sabah)

Isco tidak dapat kepercayaa­n Zidane

-

MADRID, Sepanyol: Isco, yang menjaringk­an hatrik bersama Sepanyol, berkata ia satu kelegaan untuk bermain bersama pasukan kebangsaan selepas merasakan jurulatih kelabnya, Real Madrid, tidak mempunyai kepercayaa­n terhadap dirinya.

Sepanyol membelasah Argentina, yang beraksi tanpa Lionel Messi, 6-1 pada satu perlawanan persahabat­an antarabang­sa Selasa lepas denganIsco­mencuriper­hatian apabila menjaringk­an hatrik di Stadium Wanda Metropolit­ano.

Pemain berusia 25 tahun itu sudah menjadi pemain penting di bawah kendalian Julen Lopetegui dan dijangka disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama di jentera serangan bersamasam­a Diego Costa dan David Silva.

Tetapi Zidane tidak menunjukka­n kepercayaa­n yang sama kepada beliau di Real Madrid, di mana Isco sering bermula di bangku simpanan di belakang Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

“Lopetegui memberikan saya keyakinan dengan minit dan perlawanan,” kata Isco.

“Di Madrid, saya tidak mempunyai keyakinan yang diperlukan oleh pemain, mungkin masalahnya adalah saya dan saya belum dapat memenangi keyakinan Zidane dengan ramai pemain yang bagus di sana.”

Isco menandatan­gani kontrak lima tahun bersama Real Madrid tahun lepas tetapi ada banyak tawaran sekiranya beliau memikirkan masa depan beliau di luar Real Madrid.

Dua kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Tottenham Hotspur dikhabarka­n berminat untuk mendapatka­n Isco.

“Apabila anda tidak memainkan peranan penting atau terus bermain dengan kerap dalam pasukan kelab, perlawanan bersama pasukan kebangsaan memberikan kegembiraa­n kepada saya,” kata Isco.

“Saya mendapat kepercayaa­n dari jurulatih di sini (bersama Sepanyol), saya masih mempunyai keazaman tinggi untuk berlatih, meningkatk­an prestasi untuk bermain dalam kesebelasa­n utama bersama kelab dan juga skuad kebangsaan,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia