Utusan Borneo (Sabah)

Olahraga MSS Labuan buka tirai

SMK Mutiara, SK Bukit Kalam dahului hari pertama

-

LABUAN: Juara bertahan SMK Mutiara dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kalam mendahului pungutan pingat pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSS Labuan yang sedang berlangsun­g ketika ini di Kompleks Sukan Labuan.

SMK Mutiara memperoleh­i 6 emas, 2 perak, 4 gangsa manakala SK Bukit Kalam mendapat 1 emas, 1 perak.

Enam emas yang diperolehi SMK Mutiara menerusi acara 3000 meter Jalan Kaki Perempuan Terbuka, lontar peluru Lelaki 18 tahun, 400m Lari Berpagar Perempuan 18 tahun, 1500m Perempuan 15 tahun, 100 meter Perempuan 15 tahun dan 100 meter Lelaki 18.

Manakala atlet SK Bukit Kalam mendapat satu pingat emas menerusi lontar peluru P12 dan satu perak menerusi lompat jauh juga P12.

Sementara itu, Laurence Liusi dari SM Sains Labuan memadam rekod lama acara 200 meter Lari Berpagar Lelaki 15 tahun yang dicatat pada tahun 2015 iaitu 27.66 saat dengan catatan baharu 27.19 saat.

Dua atlet SMK Pantai telah memecahkan rekod baharu menerusi Andrea Albertus Voo dalam acara lompat tinggi kategori Perempuan P15 dengan lompatan setinggi 1.46 meter sekaligus memecahkan rekod sendiri yang diciptanya pada tahun lalu dengan lompatan 1.45 meter.

Seorang lagi atlet SMK Pantai, Amar Abdullah Yaacub turut mengharumk­an nama sekolah itu dengan rekod baharu 100 meter Lelaki L15 dengan catatan 11.15 saat memadamkan rekod lama milik Awangku Mohd Hamiruliza­m pada 2010 iaitu 11.30 saat.

Pada hari pertama, SMK Pantai memungut lima pingat emas meneru- s i Nurathirah Alia Omar dalam acara lempar cakera P18, Amar Abdullah Yaacub 100 meter L15, Nursafiah Arfian 100 meter P18, Aiman Nazzwan Aqra Amnan 1500 meter L15 dan Andrea Albertus Voo dalam acara lompat tinggi P15. Pengetua SMK Pantai IBWS, Sahar Misron mengucapka­n tahniah kepada kedua-dua atlet yang juga pelajar Tingkatan Tiga yang telah memecahkan rekod baharu di kejohanan empat hari itu.

“Lagu SMK Pantai berkumanda­ng di Kompleks Sukan Labuan selepas dua atlet memecahkan dua rekod baharu. Tahniah dan terima kasih kepada jurulatih terbabit,”katanya.

Juara bertahan Sekolah Sukan Negeri (SSN), SMK Mutiara terus mendahului carta kategori sekolah menengah yang membabitka­n 11 kontinjen.

Mengekori rapat di kedudukan kedua SMK Pantai dengan 5 emas, SM Sains Labuan 4 emas dan SMK Labuan 2 emas.

Manakala 17 sekolah rendah masih berpeluang bergelar juara dengan kedudukan SK Lubok Temiang selaku juara bertahan bakal digugat kontinjen lain teermasuk SK Bukit Kalam, SK Sungai Bedaun, SKK SK Rancha-Rancha, SK Pekan Satu dan SK Kerupang.

Dua atlet SMK Pantai telah memecahkan rekod baharu menerusi Andrea Albertus Voo dalam acara lompat tinggi kategori Perempuan P15 dengan lompatan setinggi 1.46 meter sekaligus memecahkan rekod sendiri yang diciptanya pada tahun lalu dengan lompatan 1.45 meter.

 ??  ?? ANDREA Albertus Voo bersama Jurulatih, Hassan Abadin. LAURENCE Liusi bersama jurulatih SM Sains Labuan, Avila Sanis.
ANDREA Albertus Voo bersama Jurulatih, Hassan Abadin. LAURENCE Liusi bersama jurulatih SM Sains Labuan, Avila Sanis.
 ??  ?? ATLET SMK Pantai Nurathirah Alia Omar meraih pingat emas dalam acara lempar cakera P18.
ATLET SMK Pantai Nurathirah Alia Omar meraih pingat emas dalam acara lempar cakera P18.
 ??  ?? AMAR Abdullah Yaakub bersama Jurulatih, Hassan Abadin.
AMAR Abdullah Yaakub bersama Jurulatih, Hassan Abadin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia