Utusan Borneo (Sabah)

Wang tunai sehingga RM30 ribu untuk dimenangi dalam

‘Lagu Berduit Suria’

-

MULAI 25 Mac lepas sehingga 5 Mei 2018, stesen radio Suria memberi anda peluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM30,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi.

Caranya mudah sahaja. Dengarkan klip audio ‘Lagu Berduit Suria’ di dalam lagu-lagu yang dimainkan ketika segmen Suria Pagi, Gaya Suria, Waroong Suria dan Suria Petang dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyiny­a.

Kemudian, jadi pemanggil pertama di talian 0377242115 selepas isyarat memanggil ke udara dan berikan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat.

Jika jawapan yang diberikan adalah betul, RM250 akan menjadi milik anda tetapi sekiranya jawapan anda salah, wang akan digandakan ke segmen yang seterusnya.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi RM100 setiap hari menerusi peraduan Jangan Panik dengan hanya menjawab empat soalan mudah dalam masa 10 saat.

Mulai 19 Mac sehingga 5 Mei 2018, dengarkan segmen Suria Pagi dan jadi pemanggil terpantas selepas mendengar isyarat memanggil ke udara untuk menjawab soalan untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000.

Layari laman web Suria FM di www.suriafm.com. my untuk maklumat lanjut mengenai Lagu Berduit Suria dan Jangan Panik serta peraduan-peraduan lain.

Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalik­an oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publicatio­ns (M) Berhad.

Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007 dan mensasarka­n pendengar Melayu yang berusia 24 hingga 34 tahun yang berada di bandar dan juga luar bandar.

Stesen radio Suria FM yang mempunyai 2.2 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengaha­n 90-an sehingga yang terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia