Utusan Borneo (Sabah)

KONSEP ‘SEWA DAN MILIKI’

Bantu rakyat Sabah miliki rumah sendiri

-

KOTAK INA BALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata Program Perumahan Rakyat (PPR) berkonsepk­an ‘rent to own’ (sewa dan miliki) yang diperkenal­kan di Sabah mulai tahun ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang kurang berkemampu­an memiliki rumah.

Katanya konsep itu juga merupakan antara langkah kerajaan untuk mengurangk­an beban rakyat yang sebelum ini perlu membuat pinjaman bank untuk membeli rumah.

“Mereka cuma perlu membayar kadar sewa yang ditetapkan kerajaan dan selepas itu dalam tempoh tertentu, mereka menjadi pemilik kepada unit rumah yang mereka duduki ,” katanya kepada pemberita selepas ditemurama­h menerusi slot ‘Bah!Apa Cerita?’ yang disiar secara langsung di TVOKEY di sini malam Jumaat.

Katanya kaedah itu juga merupakan antara pendekatan kerajaan dalam menangani masalah setinggan di Sabah akibat penghijrah­an penduduk luar bandar ke kawasan bandar.

Beliau berkata untuk permulaan, projek berkenaan akan dilaksanak­an di Sandakan, di PPR Batu Sapi yang melibatkan 180 unit yang telah siap dan PPR Batu Putih (900 unit dengan 80 peratus siap) sebelum diperluas ke daerah lain.

“Inilah yang dikatakan sebagai satu usaha kerajaan Barisan Nasional untuk membantu rakyat kita memiliki rumah masingmasi­ng, terutama dalam kalangan mereka yang kurang berkemampu­an.

“Skim ini akan diteruskan di seluruh Sabah kerana ia merupakan satu dasar kerajaan untuk membantu rakyat kita yang ingin memiliki rumah tetapi mereka tidak mampu membuat pinjaman dan sebagainya. Insya-Allah, skim ini akan menjadi skim yang popular dalam kalangan rakyat kita,” katanya.

Terdahulu, dalam temuramah di TVOKEY, Hajiji berkata kementeria­nnnya dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan akan membangunk­an ‘1Malaysia Youth City’ di Kampung Laya-Laya di Tuaran seiring dengan dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50) kerajaan. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia