Utusan Borneo (Sabah)

Empat gudang di Batu Maung musnah dalam kebakaran

-

GEORGE TOWN:Empat gudang berhampira­n Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, dekat sini musnah dalam kebakaran malam Jumaat.

Empat gudang itu menempatka­n sebuah gudang penyimpana­n barang-barang lusuh, stor makanan ringan, stor perabot dan barangan elektrik.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.50 malam dan enam jentera bomba bersama-sama 15 jentera bomba sukarela dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kita telah kenal pasti bahawa tempat bermulanya kebakaran adalah di tempat penyimpana­n barang-barang lusuh. Tapi bahagian pejabat yang terletak di bahagian depan gudang hanya satu (pejabat) sahaja yang musnah keseluruha­nnya.

“Tiga lagi pejabat gudang tidak terbakar, tapi bahagian gudang di belakang musnah sepenuhnya. Peratusan kebakaran saya anggarkan dalam 70 peratus daripada keseluruha­n kawasan seluas 300 kaki panjang x 200 kaki lebar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam Jumaat.

Saadon berkata tiada mangsa yang cedera dan kemalangan jiwa dalam kebakaran itu manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata walaupun kebakaran membabitka­n bahagian belakang gudang yang turut menempatka­n landasan kapal terbang, namun ia tidak menjejaska­n operasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) malah kapal terbang boleh mendarat di situ.

“Setakat ini kita dah berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya daripada merebak ke tempattemp­at lain. Dianggarka­n sejam ke dua jam lagi api dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Asap tebal daripada kebakaran gudang itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer.

Sementara itu, jurucakap LTAPP dalam kenyataan, berkata kebakaran berhampira­n kawasan lapangan terbang itu tidak menjejaska­n operasi di situ.

“Kami ingin memaklumka­n bahawa operasi lapangan terbang tidak terjejas dan berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu. -Bernama

 ??  ?? SEBUAH kilang bahan kitar semula (scrap) berhampira­n kawasan kargo di Batu Maung musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira 10.45 malam Jumaat. -Gambar Bernama
SEBUAH kilang bahan kitar semula (scrap) berhampira­n kawasan kargo di Batu Maung musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira 10.45 malam Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia