Utusan Borneo (Sabah)

Sabah negeri ke-10 catat jumlah penagih teramai

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukka­n Sabah berada pada kedudukan ke-10 bagi senarai negeri yang mencatat jumlah penagih teramai sepanjang tahun lepas.

Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah penagih yang dikesan adalah seramai 1,047 orang.

“Peratusan jumlah penagih yang dikesan menunjukka­n peningkata­n sebanyak 8 peratus jika dibandingk­an tahun-tahun sebelumnya.

“Kita juga mendapati jenis dadah yang kerap digunakan adalah methamphet­amine atau syabu dan ‘ice’ diikuti dadah jenis opiat dan dadah berbentuk tablet seperti pil kuda, yaba serta yama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertanding­an Berbasikal Bebas Dadah sempena Sunday Family Ride anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), di sini pada Ahad.

Bagi keseluruha­n pula, Lee berkata tahun lalu mencatat jumlah penagih seramai 25,992 orang iaitu penagih baharu seramai 18,440, manakala 7,482 adalah kes yang berulang.

Katanya, negeri yang paling ramai mencatatka­n jumlah penagih yang dikesan ialah Pulau Pinang dengan 3,844 orang diikuti Kelantan dengan 3,700 orang.

“Negeri keempat pula pula adalah Selangor yang mencatatka­n jumlah penagih seramai 2,375 diikuti Johor seramai 2,108 orang,” katanya.

Justeru, beliau meminta semua pihak agar terus memperheba­t aktiviti kesedaran terutamany­a kepada generasi muda agar tidak mudah terjebak dalam kancah najis dadah.

Katanya, usaha itu penting bagi mengingatk­an anakanak muda akan bahaya najis dadah yang mampu membinasak­an masa depan mereka.

“Sudah tiba masanya ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan penting mendekati serta membudayak­an aktiviti sihat kepada anak masingmasi­ng.

“Kita tidak mahu anakanak muda ini mudah terpengaru­h dengan orang sekeliling yang mana mereka tidak sedar akan kesan menyalahgu­na dadah,” jelasnya.

Terdahulu, pelepasan pertanding­an berkayuh sejauh 66 kilometer bermula dari Taman Awam Teluk Likas itu disempurna­kan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

Seramai 451 orang menyertai pertanding­an berkenaan yang terbahagi kepada empat kategori iaitu terbuka, veteran, junior, dan wanita.

Turut hadir ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid merangkap naib presiden Pemadam dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia