Utusan Borneo (Sabah)

PARLIMEN AKAN DIBUBAR?

Pelancaran manfesto beri gambaran pembubaran minggu ini

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) akan dilancarka­n dalam minggu ini sekaligus memberi gambaran bahawa pembubaran parlimen bakal berlaku dalam beberapa hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, secara tradisinya pelancaran manifesto BN akan diadakan selepas pembubaran parlimen.

“Saya tidak tahu sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunaka­n tradisi yang sama, tetapi pada pandangan saya kemungkina­n pelancaran manifesto selalunya diadakan selepas pembubaran.

“Boleh jangkakan pembubaran berlaku pada minggu ini...itu yang saya dengar orang cakap tetapi saya tidak boleh beri kepastian.

“Apa yang pasti pelancaran manifesto akan dilakukan pada minggu ini di Bukit Jalil,” katanya ketika ditemui dalam Lawatan Turun Padang di sekitar Parlimen Sepanggar, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, acara itu akan diadakan secara besarbesar­an bagi menunjukka­n kekuatan BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setelah meneliti manifesto itu katanya, terdapat beberapa perkara bagi Sabah yang mana pemimpin dari negeri ini berjuang untuk meminta Perdana Menteri masukan dalam manifesto BN kali ini.

“Saya bersama lima menteri Kabinet lain serta Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman serta pemimpin komponen BN di sini memperjuan­gkan perkara itu untuk dimasukkan dalam manifesto BN.

“Ada satu dua item khas untuk Sabah dan ia sudah pasti menjadikej­utankepada­rakyat Sabah nanti,” katanya sambul menambah, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah pasti dimasukkan dalam manifesto itu.

Katanya, ia dilakukan walaupun terdapat pihak mengatakan MA63 sudah terdapat dalam perlembaga­an dan tidak perlu dimasukkan dalam manifesto.

“Bagi pandangan saya, walaupun persetujua­n mengenai perkara itu telah dicapai sebelum ini, tetapi ia mesti dimasukkan dalam manifesto kali ini bukan untuk mengkaji sebaliknya pelaksanaa­n.

“Saya sebahagian daripada ahli jawatankua­sa Devolution yang dipengerus­ikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk Sabah dan Datuk Nancy Shukri bagi pihak Sarawak.

“Perkara yang dibincangk­an sangat teknikal dan mendalam, ia tidak dapat diselesaik­an ‘overnight’ kerana pelbagai isu teknikal perlu dilihat,” katanya.

Rahman memberi jaminan bahawa semua yang terlibat dalam jawatankua­sa itu akan memastikan semangat MA63 diselesaik­an selaras dengan kehendak Perdana Menteri yang ingin kembalikan hak Sabah sekiranya terambil secara tidak sengaja sebelum ini.

 ??  ?? RAHMAN (kanan) meninjau keadaan jalan raya berlubang di Indah Permai, Manggatal
RAHMAN (kanan) meninjau keadaan jalan raya berlubang di Indah Permai, Manggatal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia