Utusan Borneo (Sabah)

Terima hakikat jika tidak terpilih sebagai calon: Ahmad Zahid

-

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak terpilih atau terpilih semula sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah lumrah pada setiap kali pilihan raya umum.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga timbalan presiden UMNO berkata pemimpin parti yang tidak terpilih atau terpilih semula sebagai calon perlu menerima hakikat itu dan hendaklah mengukuhka­n barisan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRU14.

“Walaupun lumrah yang tidak terpilih akan kecewa… saya minta ketepikanl­ah kekecewaan itu,” kata Ahmad Zahid yang juga timbalan pengerusi BN sewaktu berucap melancarka­n jentera PRU BN Perlis di Dewan 2020 di sini, pada Ahad.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim antara lebih 5,000 orang yang hadir pada majlis itu.

Ahmad Zahid berkata BN perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan yang kuat dan oleh itu anggota dan pemimpin UMNO perlu mengambil iktibar BN hampir kecundang pada PRU13 setelah diuji Allah S.W.T pada PRU12 dan PRU11.

Beliau berkata sebarang masalah remeh-temeh hendaklah diketepika­n kerana gendang pilihan raya akan dipalu pada bila-bila masa sahaja.

“Saya sendiripun tidak akan tongkat langit tetapi selagi diberikan mandat dan amanah akan saya laksanakan,” kata Ahmad Zahid sambil menasihatk­an mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terima hakikat biarpun pedih.

Berhubung Perlis, beliau berkata dengan kedudukan BN Perlis yang mantap sekarang seharusnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan DUN Indera Kayangan akan dapat ditawan daripada pembangkan­g di samping mengekalka­n ketiga-tiga kerusi Parlimen. Ahmad Zahid turut mengumumka­n Padang Besar dijadikan sebagai hab logistik negara.

“Saya juga dengar titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l yang mahu kerajaan membuka semula laluan bebas Wang Kelian supaya rakyat negeri ini dapat mencari makan selain menjana ekonomi negeri.

“Kerajaan tiada masalah dalam perkara ini,” katanya yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

Ahmad Zahid berkata kerajaan bagaimanap­un perlu membuat kajian kebolehlak­sanaan terlebih dahulu bagi cadangan Kuala Perlis dibangunka­n sebagai pelabuhan.

Terdahulu, Shahidan dalam ucapan aluannya meminta kerajaan pusat menimbangk­an untuk memberi kelulusan bagi tiga perkara itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan menghadiri mesyuarat tertutup.

 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an bendera BN kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas melancarka­n Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020 pada Ahad. Turut sama Menteri Besar Perlis,...
AHMAD Zahid menyampaik­an bendera BN kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas melancarka­n Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020 pada Ahad. Turut sama Menteri Besar Perlis,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia