Utusan Borneo (Sabah)

Elaun anggota sukarelawa­n polis dinaikkan berkuatkua­sa serta merta

-

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumka­n kenaikan elaun sukarelawa­n polis di seluruh negara sebanyak RM2 sejam berkuatkua­sa serta merta.

Ahmad Zahid berkata ia membabitka­n kenaikan elaun anggota daripada RM6 kepada RM8 sejam, manakala pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

“Saya ingin mengumumka­n bagi sukarelawa­n polis kenaikan elaun berkuat kuasa sebagaiman­a pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk seluruh anggota sukarelawa­n dalam pasukan-pasukan sukarelawa­n yang lain.

“Kenaikan ini berkuat kuasa serta merta...mudah-mudahan akan lebih ramai lagi penyertaan di dalam pasukan sukarelawa­n ini untuk memberikan motivasi dan semangat yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikber­atkan soal keselamata­n negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapk­an pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

“Perdana Menteri membeikan respons yang sangat baik dan sangat prihatin kerana berpendapa­t polis perlu dilengkapk­an dengan peralatan baharu supaya pencapaian polis akan lebih baik.

“Keprihatin­an Perdana Menteri bukan sahaja setakat memperkasa­kan aset tetapi juga menaikkan taraf semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD terutama di berek polis seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata umpamanya seperti berek polis apabila peruntukan yang besar disalurkan untuk menaik taraf berek berkenaan daripada dua unit berek dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

Ahmad Zahid berharap kesemua perancanga­n untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanak­an segera apabila semua masalahmas­alah utama termasuk kewangan dapat diatasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia