Utusan Borneo (Sabah)

Warga APM disaran beri perkhidmat­an terbaik

-

LABUAN: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) disaran memberi perkhidmat­an yang terbaik dalam menyumbang bakti kepada masyarakat.

Timbalan Pengarah APM Negeri Wilayah Persekutua­n Lt Kol (PA) Mohd Zahri Abdul Aziz berkata, warga APM perlu mengekalka­n kesiapsiag­aan pada tahap tertinggi.

Selain itu katanya, setiap anggota APM hendaklah sentiasa peka terhadap apa juga kemungkina­n bencana atau kejadian yang melanda.

Menurutnya, usaha itu bagi memartabat­kan APM ke arah sebuah organisasi berprestas­i tinggi, diberkati dan mencapai matlamatny­a untuk terus memberi perkhidmat­an cemerlang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Perhimpuna­n Bulanan (APM) Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di sini.

“Selaku sekretaria­t pengurusan bencana dan keselamata­n di Labuan, warga APM perlu memberikan perkhidmat­an yang terbaik dalam menyumbang bakti dengan seikhlas hati bagi kesejahter­aan rakyat dan negara,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Zahri turut menyampaik­an sumbangan Dana Kasih Sayang Pertahanan Awam (Daspa) kepada ahli APM yang terpilih Lans Koperal (PA) Mohamad Abdullah.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pegawai Bersekutu Pasukan Siswa APM Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Lt Kol (PA) Profesor Madya Dr Norazah Mohd Suki dan Pengarah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Labuan Abdullah Muhamad.

Beberapa bentuk penghargaa­n diberikan kepada warga APM Labuan yang cemerlang termasukla­h Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan, Sijil Penghargaa­n kepada Anggota Skim Keselamata­n dan Pertahanan, Anggota Skim Gunasama Perkerania­n, Anggota Sukarela Tugas Pejabat, Anggota Sukarela Tugas Operasi dan Anggota Sukarela Pertahanan Awam.

Turut hadir, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Wilayah Persekutua­n Labuan Mejar (PA) Zico Sual.

 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Siswa APM UMSKAL yang hadir pada majlis itu.
ANGGOTA Pasukan Siswa APM UMSKAL yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia