Utusan Borneo (Sabah)

Fahami bahaya penyakit buah pinggang

-

RANAU: Orang ramai disaran supaya memahami dengan lebih mendalam mengenai bahaya penyakit buah pinggang kerana ia adalah pembunuh senyap kepada manusia.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata, penyakit buah pinggang kronik adalah satu masalah yang berkekalan.

Katanya penyakit itu menyebabka­n fungsi buah pinggang semakin berkuranga­n akibat pelbagai faktor dan memerlukan rawatan dialisis.

“Terdapat lebih 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang kronik. Lebih kurang 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2012,” katanya ketika berucap melancarka­n Kempen Kesedaran Pencegahan Penyakit Buah Pinggang anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dengan kerjasama Hospital Ranau di Dewan Perdana SMK Mat Salleh, di sini.

Teks beliau telah disampaika­n oleh Setiausaha Politik yang juga Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin.

Masidi yang juga Adun Karanaan berkata, seramai 58 pesakit buah pinggang dicatat di Ranau sehingga tahun ini berbanding empat orang pada 2004, yang mana ia satu perkembang­an yang amat membimbang­kan.

“Peningkata­n itu membimbang­kan kita, justeru masyarakat perlu mengamalka­n gaya hidup sihat sepanjang hayat dan dalam masa yang sama, perlu memahami langkah-langkah pencegahan­nya,” katanya.

Katanya mereka yang berisiko tinggi mengalami penyakit buah pinggang ialah golongan penghidap diabetes (kencing manis), tekanan darah tinggi, kerap memakan protein serta ubat penahan sakit, ubat tradisiona­l, dan banyak lagi.

Simptom penyakit buah pinggang katanya, ialah badan rasa mudah letih, hilang selera makan, rasa loya dan muntah, kerap kencing terutamany­a pada waktu malam, bengkak kaki dan muka, sukar bernafas, gatal-gatal seluruh badan dan pucat.

“Jika tanda-tanda ini berlaku, maka segeralah ke hospital mendapatka­n rawatan peringkat awal, untuk ujian air kencing, pemeriksaa­n tekanan darah dan ujian darah,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Hospital Ranau Dr Clarence D Sirisani dan Pengerusi ALPH Arthur Sen dan Ketua Pemuda Umno Ranau Haji Faez Hj Nurdin.

 ??  ?? AMISAH menerima cenderahat­i disampaika­n Dr Clarence, diperhatik­an Arthur dan Faez (kiri).
AMISAH menerima cenderahat­i disampaika­n Dr Clarence, diperhatik­an Arthur dan Faez (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia