Utusan Borneo (Sabah)

Rumpai laut Semporna berkualiti

Akan dicadang sebagai ‘Super Food’ Malaysia

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

SEMPORNA: Rumpai laut dari daerah Semporna akan dicadangka­n sebagai‘ S u per Food’ Malaysia kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek cadangan itu bagi mengangkat hasil laut yang mempunyai nilai khasiat tinggi itu sebagai produk bertaraf antarabang­sa.

“Rumpai laut salah satu ‘Super Food’ yang dihasilkan Malaysia adalah kerana kandungan nutrisi cukup tinggi, tinggi garam galian, vitamin, iodin dan peranannya sebagai bahan asas termasuk untuk membuat jeli dan keropok, di samping untuk tujuan farmaseuti­kal kerana rumpai laut mempunyai nilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Gelombang Nelayan Nasional di Dataran Regatta Lepa, dekat sini, pada Sabtu.

Selain rumpai laut, kerajaan turut mahu menjadikan madu kelulut yang semakin berkembang perusahaan­nya sebagai ‘Super Food’.

Beliau turut meluluskan peruntukan RM500,000 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pemimpin tempatan.

Dalam pada itu Shabery menggesa dan mengarahka­n Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil tindakan khusus untuk menyegerak­an permohonan pembanguna­n jeti dan kompleks nelayan di Semporna kerana ianya wajar demi rakyat.

Pada perkembang­an lain, Shabery yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatk­an rakyat agar tidak mementingk­an sayang kepada calon pemimpin hingga memilihnya ketika mengundi di Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14).

“Yang kuat itu bukan individu sebaliknya parti. Sebab itu PRU kali ini jangan salah pangkah,” katanya.

Pada program itu, kira-kira 5,000 komuniti nelayan dan 500 bot berkumpul di tapak regatta bagi memeriahka­n perasmian majlis itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang Datuk Seri Nasir Sakaran, Pembantu Menteri Kewangan Negeri meragkap Adun Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

 ??  ?? SHABERY, Nasir dan Ramlee mengangkat timbunan rumpai laut sebagai simbolik perasmian majlis.
SHABERY, Nasir dan Ramlee mengangkat timbunan rumpai laut sebagai simbolik perasmian majlis.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SHABERY memeriksa sendiri rumpai laut yang diusahakan pengusaha tempatan sempena program itu.
SHABERY memeriksa sendiri rumpai laut yang diusahakan pengusaha tempatan sempena program itu.
 ??  ?? SHABERY (tengah) bersama pengusaha rumpai laut di pelantar Look Butun Semporna.
SHABERY (tengah) bersama pengusaha rumpai laut di pelantar Look Butun Semporna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia