Utusan Borneo (Sabah)

Setuju ketepi soal pemilihan, PRU14 lebih utama

-

BERA: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya soal pemilihan parti diketepika­n sementara bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Ismail Sabri berkata perjuangan utama buat masa ini adalah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana semua perancanga­n untuk membantu rakyat hanya dapat diteruskan jika mereka tidak kehilangan kuasa pemerintah­an.

“Tidak ada untungnya jika kita menang dalam pemilihan parti, tapi kalah pada pilihan raya. Itu adalah asas paling utama yang kita kena ingat. Saya harap semua anggota parti akan akur dengan perkara ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Briged Gempur Pemuda BN Parlimen Bera melibatkan 1,400 Pemuda BN di Dataran Kerayong di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera Mohd Zoolihsan Ahmad.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatk­an pemimpin dan anggota UMNO untuk mengetepik­an seketika soal pemilihan parti dan memberi tumpuan penuh kepada PRU14, kerana ia menentukan soal kuasa pemerintah­an.

Ismail Sabri menambah beliau optimis BN boleh mencapai kemenangan 40 di Parlimen Bera jika semua pihak bekerjasam­a dan meletakkan kepentinga­n parti melebihi kepentinga­n individu.

Katanya, beliau berhasrat untuk ‘membirukan seluruh Parlimen Bera’ yang mana pada masa ini, BN hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Guai dan Kemayan manakala DUN Triang dipegang DAP.

“Saya yakin pengundi Triang sudah melihat ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) mereka gagal membawa sebarang perubahan, gagal membawa suara mereka ke peringkat tinggi dan gagal menyelesai­kan masalah mereka.

“Mereka sudah berputus asa dan hilang keyakinan dengan ADUN mereka. Saya yakin kalau mereka mahu perkara ini berubah, mereka akan kembali kepada BN pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi BN Bera mahu anggota parti berlapang dada dengan sesiapa sahaja calon yang mewakili BN pada pilihan raya akan datang supaya tidak timbul sebarang permasalah­an yang boleh menjejaska­n peluang untuk menang.

“Kalau kita letak kepentinga­n parti tidak akan timbul soal tidak puas hati. Perjuangan BN dan asas penubuhann­ya adalah untuk rakyat, jadi siapa yang bertanding adalah wakil rakyat bukan mewakili individu,” katanya.

Ismail Sabri menambah perkara itu membezakan BN daripada parti-parti lain seperti PKR yang diasaskan kerana mahu membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ekoran perasaan tidak puas hati Pengerusin­ya Tun Dr Mahathir Mohamad. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia