Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN babitkan aspirasi Sabah dan Sarawak

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan fikiran di luar kotak dalam membentuk manifesto yang akan dikemukaka­n dengan membabitka­n aspirasi Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata manifesto yang akan dikemukaka­n pada 7 April itu bukan sekadar janji semata-mata tetapi lebih kepada pelaksanaa­n untuk rakyat.

“Ini adalah permulaan dan harapan baharu yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberanik­an diri mengambil pendekatan dengan memikirkan apa yang harus kita persiapkan untuk masa hadapan.

“Jadi, saya berharap semua pihak akan menunggu... apabila manifesto ini dikemukaka­n, kita dapat menelitiny­a secara mendalam kerana manifesto ini bukan hanya sekadar untuk janji tetapi lebih kepada pelaksanaa­n.

“Dalam hubungan ini, Sabah dan Sarawak mendapat perhatian khusus Perdana Menteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Bersama Ketua Penerangan Umno Malaysia di sini pada Ahad.

Annuar yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan BN berkata manifasto berkenaan juga adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana, ia memberi satu bantuan serta satu harapan baharu dan besar yang meletakkan Sabah dan Sarawak di hadapan.

“Apa yang berbeza dengan manifesto BN kali ini adalah bagaimana Perdana Menteri mengambil masa panjang dan teliti yang mana, bukan sahaja melibatkan beberapa perbincang­an tetapi juga rujukan kepada beberapa pihak serta pihak berkepenti­ngan,” jelasnya.

Tambahnya, banyak parti politik lain (pembangkan­g) menggarisk­an manifesto yang menarik perhatian pengundi semata-mata.

Katanya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui kemungkina­n beliau tidak dapat melaksanak­an manifesto sepertia mana yang Pakatan Harapan janjikan.

“Dalam wawancaran­ya dengan The Sunday Times Singapore, Tun Dr Mahathir membuat pengakuan bahawa setiap apa yang dijanjikan itu realitinya memerlukan perbelanja­an.

“Beliau memberi alasan bahawa dalam gabungan pakatan, terlalu ramai yang berideolog­i sosialis dan orang sosialis kalau boleh semuanya hendak dipercumak­an tanpa memikirkan kesan serta impak kepada ekonomi negara secara keseluruha­nnya.

“Itu mendorong beliau melahirkan kemungkina­n bahawa ia tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan,” katanya.

Jelasnya manifesto BN adalah sangat penting kerana ia satu usaha untuk menjelmaka­n potensi sebenar Sabah dan Sarawak dari segi sumber manusia, sumber alam, perpaduan dan pembanguna­n negara.

 ?? pada sidang media berkenaan. ?? ANNUAR
pada sidang media berkenaan. ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia