Utusan Borneo (Sabah)

BN yakin menang di Sabah, Sarawak

- -Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) yakini Sabah dan Sarawak berkeupaya­an tinggi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan Umno Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata jentera BN Sabah dan Sarawak telah mengikuti segala garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh parti.

Beliau menyifatka­n Sabah kini berada di hadapan mendahului negeri lain dari segi kesiapsiag­aan dan semangat jentera di setiap peringkat.

“Daripada penilaian pada saat ini berhubung politik di Sabah, kita berbangga dan berpuas hati dengan kesiapsiag­aan jentera parti bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di akar umbi.

“Mungkin mereka telah bersiap sedia sudah lama, tetapi yang penting sekali saya nampak ialah ada semangat jentera di peringkat akar umbi dan juga bahagian.

“Semangat jentera ini yang sangat penting kerana semangat dan komitmen pemimpin-pemimpinUm­no serta komponen BN Sabah menjadikan kesiapsiag­aan itu lebih cepat, mudah terlaksana dan membolehka­n parti memberikan satu prestasi yang baik kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Bersama Ketua Penerangan Umno Malaysia di sini pada Ahad.

Katanya melalui beberapa siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti, BN bersetuju untuk berada lebih tinggi melalui manifesto yang bakal dikemukank­an pada 7 April kepada kumpulan sasar.

Dalam pada itu, Annuar berkata jentera penerangan perlu dengan serta merta mengambil semua isu manifesto parti secara serius terutamany­a yang menyentuh secara langsung rakyat Sabah.

“Jadi, tugas inilah juga adalah tanggunjaw­ab yang besar mesti dipikul oleh jentera penerangan, Mereka telah memberikan komitmen kepada saya bahawa itu akan dilakukan sebaik mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia