Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa cari jalan bantu rakyat

Kerajaan BN bawa lebih banyak kemudahan dan pembanguna­n

-

PUTATAN: Lebih banyak kemudahan dan pembanguna­n untuk rakyat dapat disalurkan menerusi penarafan daerah kecil kepada daerah penuh sesebuah kawasan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Haji Hussin berkata, Putatan umpamanya menjadi antara daerah pesat membangun selepas dinaik taraf menjadi daerah penuh sejak 2011.

“Usaha menaik taraf sesebuah daerah kecil penting bagi memastikan pelan pembanguna­n daerah dapat dirancang dan diatur sebaik mungkin sekaligus menentukan pembanguna­n terancang dan berkesan bagi setiap daerah penuh,” katanya.

Beliau yang juga Adun Petagas menyatakan demikian dalam ucapannya pada Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Putatan di sini pada Ahad.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membawa pembanguna­n yang pesat ke Putatan dengan kemudahan jalan raya tiga lorong, lebuh raya Pan Borneo, perumahan rakyat dan lainlain lagi.

“Pelbagai bantuan juga diberikan kepada rakyat pelbagai peringkat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sara hidup untuk nelayan, bantuan warga tua, OKU dan banyak lagi.

“Semua ini untuk kesejahter­aan rakyat. BN adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa berusaha mencari jalan membantu kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus memberikan sokongan dan undi mereka kepada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14).

Yahya berkata Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Putatan itu juga salah satu usaha kerajaan BN membantu meringanka­n golongan berpendapa­tan rendah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh dalam ucapannya menegur sikap sesetengah pihak yang lantang dan menuduh secara membabi buta bahawa penjawat awam termasuk sesetengah pihak berkuasa tempatan tidak membuat kerja, sesuatu yang atidak adil dan tidak rasional.

Katanya, faktor kewangan dan kekurangan kakitangan serta kemudahan menjadi antara faktor menyebabka­n penjawat awam gagal melaksanak­an tugas mereka sebaik mungkin dan bukannya disengajak­an seperti yang didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Yahya, Marcus dan pemimpin parti komponen BN Putatan melancarka­n program itu yang menawarkan harga barangan terendah di pasaran bagi lebih 20 barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak dan gula.

“Pelbagai bantuan juga diberikan kepada rakyat pelbagai peringkat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sara hidup untuk nelayan, bantuan warga tua, OKU dan lagi.” banyak DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HAJI HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? YAHYA bersama rakyat Putatan pada Program Jualan Sentuhan Rakyat.
YAHYA bersama rakyat Putatan pada Program Jualan Sentuhan Rakyat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia