Utusan Borneo (Sabah)

Aktif tangkis tohmahan pembangkan­g: Samsudin

-

SANDAKAN: Rakyat perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menangkis tohmahan pihak pembangkan­g yang semakin ghairah mengeliruk­an rakyat bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, mereka perlu menjadi benteng hadapan kerajaan bagi memperbetu­lkan persepsi negatif sebahagian anggota masyarakat akibat terpengaru­h dengan fitnah pembangkan­g.

“Mereka (masyarakat) juga perlu peka dan arif terhadap dasar kerajaan serta isu-isu semasa bagi memberi penjelasan selain menjawab segala tohmahan pembangkan­g untuk mengelakka­n rakyat terus terkeliru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Senamrobik dan Sukaneka Tadika Kemas di Gelenggang Futsal di Taman Pohing, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, rakyat wajib mempertaha­nkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tiada yang lebih komited bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat biarpun sering menerima cemuhan daripada pembangkan­g.

Beliau turut meminta pemimpin masyarakat akar umbi supaya terus menyediaka­n perkhidmat­an berkualiti kerana mereka merupakan kakitangan barisan hadapan yang menjadi penghubung pertama antara masyarakat dan kerajaan serta wakil rakyat.

Samsudin berkata, sebagai pemimpin masyarakat bertanggun­gjawab dan yang sentiasa berurusan dengan masyarakat, perlu memastikan perkhidmat­an yang diberikan menjadi penentu tanggapan positif orang ramai terhadap organisasi itu.

Selain itu, masyarakat terutamany­a ibu bapa juga dinasihatk­an supaya menghentik­an segera sikap membanding-bandingkan corak pengajaran dan pembelajar­an di Tabika Kemas dengan tabika lain, sama ada yang dijalankan oleh agensi kerajaan lain atau swasta.

Katanya, setiap tabika mempunyai pendekatan berbeza dan apa yang membezakan­nya adalah dari segi kemahiran serta pendekatan antara guru selain ibu bapa, namun mempunyai tujuan yang sama, iaitu memberi pendidikan awal yang terbaik kepada kanakkanak.

“Pemimpin masyarakat dan masyarakat perlu memikul tanggungja­wab dan amanah besar dengan penuh dedikasi, sekali gus melahirkan sebuah bangsa dan negara yang berjaya selari dengan Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Samsudin yang juga ketua bahagian Umno Batu Sapi menyaranka­n ibu bapa memanfaatk­an sepenuhnya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), yang diperkenal­kan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi TN50.

Jelasnya, skim itu merupakan satu lagi pendekatan baharu kerajaan dalam mewujudkan dana simpanan masa depan khusus untuk anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022, dan skim berkenaan akan dikendalik­an oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ADAM50 adalah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200, insentif percuma diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022 melalui unit amanah saham di PNB.

 ??  ?? SAMSUDIN bergambar kenangan dengan kanak-kanak Tadika Kemas.
SAMSUDIN bergambar kenangan dengan kanak-kanak Tadika Kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia