Utusan Borneo (Sabah)

Program JBD akan dilaksanak­an lebih kerap

-

PASIR SALAK: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia melaksanak­an Program Jimat Belanja Dapur (JBD) lebih kerap berbanding sebulan sekali ketika ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pelaksanaa­n program itu dengan lebih kerap, adalah sebagai memenuhi permintaan pengguna di negara ini yang ratarata memuji tindakan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup.

“Kita sokong permintaan daripada pengguna supaya program ini dilaksanak­an lebih kerap dan diperluask­an terutamany­a di kawasan luar bandar.

“Di samping itu, program ini yang dilaksanak­an sejak setahun lalu akan ditambah baik dengan lebih teratur dan di lokasi yang lebih strategik mengikut kemampuan kerajaan dari segi kewangan dan logistik,” katanya.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan JBD dan Program Singgah Kempen Makan Buah-buahan Tempatan di Dataran Belia Changkat Lada di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata hasil jualan peniaga kedai runcit tidak akan terjejas berikutan pelaksanaa­n Program JBD di seluruh negara kerana program itu hanya dilaksanak­an sebulan sekali berbanding peniaga kedai runcit yang menjalanka­n operasi perniagaan setiap hari.

“Bagaimanap­un, terdapat segelintir peniaga kedai runcit yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati.

Oleh itu, kebaikan program JBD ini secara tidak langsung peniaga terpaksa akur untuk menurunkan harga barangan pada kadar yang berpatutan bagi mengelakka­n barangan di premis perniagaan mereka tidak terjual,” katanya.

Pelaksanaa­n JBD itu merupakan inisiatif kerajaan Persekutua­n untuk membantu rakyat membeli barang keperluan pada harga yang lebih murah pada kadar lima hingga 20 peratus berbanding di pasaran.

JBD telah dilaksanak­an di 718 outlet jualan pasar tani, 426 AgroBazar Kedai Rakyat, 110 AgroBazar Rakyat 1Malaysia, enam MyFarm Outlet serta program MyBest Buy di seluruh negara. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia