Utusan Borneo (Sabah)

Seminar Semarak Perpaduan manfaatkan pemimpin masyarakat

-

LABUAN: Seminar Semarak Perpaduan yang dianjurkan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Biro Tata Negara (BTN), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Gabungan Rukun Tetangga Wilayah Persekutua­n Labuan memberi manfaat kepada para pemimpin masyarakat.

“Ia kerana, ilmu melalui seminar ini akan menjadi senjata utama kepada pemimpin akar umbi di Wilayah Persekutua­n Labuan dalam menangani dan berhadapan pelbagai cabaran masa kini, selaras dengan tujuan program ini diadakan,” kata Senator Dewan Negara Datuk Bashir Alias ketika merasmikan penutupan seminar itu di Menara Perbadanan Labuan, di sini pada Ahad.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yakin ilmu yang disampaika­n oleh pakar sosial yang telah dijemput memperleng­kapkan kemahiran sebagai senjata dan memotivasi­kan semua pemimpin akar umbi Labuan dalam kerja sukarela bagi menangani dan berhadapan pelbagai cabaran isu sosial masa kini.

Katanya walaupun cabaran isu-isu sosial di Labuan tidaklah sehebat berbanding di negeri lain, namun di zaman teknologi ini, cabaran sebagai pemimpin akar umbi tidak lagi terhad, malah ia lebih mencabar melalui aplikasi media sosial yang tersebar dengan cepat merentasi kaum.

“Justeru, perpaduan menjadi kekuatan dan nadi negara kita kerana tanpa semangat perpaduan, negara kita akan hancur.

“Oleh itu, saya ingin mengajak semua peserta dan pemimpin akar umbi di Labuan khasnya, agar bersama-sama menggunaka­n ilmu yang diperolehi pada hari ini untuk memelihara dan menjaga serta memantapka­n perpaduan negara kita.

“Semaikanla­h dalam diri kita ungkapan ‘Perpaduan Sentiasa Diihati’ agar kita dapat menikmati hasil kemajuan dan kemakmuran negara kita dan menikmati hidup aman damai dan harmoni,” katanya.

Seramai 150 orang dari kalangan pemimpin masyarakat akar umbi seperti ketua kampung dan badan bukan kerajaan (NGO) serta ahli jawatankua­sa utama Rukun Tetangga Labuan menyertai seminar selama sehari itu.

Antara penceramah yang dijemput adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan JPNIN Malaysia Zulkifli Hashim yang membawa tajuk ‘Pengurusan IsuIsu Sensitivit­i Kaum Di Malaysia’ serta Pengarah MKN Sabah Datuk Rodzi Md Saad yang menyampaik­an ‘Dasar Keselamata­n Negara’.

Turut hadir, Pengarah JPNIN Labuan Mimie D Selvakumar serta para pengerusi Rukun Tetangga Labuan.

 ??  ?? BASHIR (dua dari kanan) menyampaik­an replika cek geran pengurusan Rukun Tetangga Labuan kepada wakil badan itu sambil diperhatik­an oleh Rodzi (kanan), Zulkifli (tiga dari kiri) dan Mimie (kiri).
BASHIR (dua dari kanan) menyampaik­an replika cek geran pengurusan Rukun Tetangga Labuan kepada wakil badan itu sambil diperhatik­an oleh Rodzi (kanan), Zulkifli (tiga dari kiri) dan Mimie (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia