Utusan Borneo (Sabah)

Keselesaan rakyat jadi keutamaan

LPKP perlu proaktif kemaskini maklumat TITP

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTAKINABA­LU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah perlu proaktif untuk terus mengemaski­ni maklumat Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) kepada pemandu teksi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata TITP meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan dengan menyelesai­kan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri teksi berasaskan empat prinsip utama.

Katanya kerajaan yang bertanggun­gjawab juga tidak akan membuat sesuatu dasar dengan sewenang wenangnya.

Kerajaan telah meneliti dari segenap sudut dan mengambil kira fakta serta penelitian mendalam yang merangkumi keseluruha­n industri teksi.

“TITP meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan dengan menyelesai­kan isuisu seperti pemandu teksi mendapat keistimewa­an berbanding pemandu ehailing iaitu semasa mengambil penumpang melalui tempahan atas talian atau menggunaka­n aplikasi.

“Pemandu teksi konvension­al yang menyertai e hai ling mendapat akses kepada kedua-dua perkhidmat­an e-hailing dan street hailing yang tidak dapat dinikmati oleh pemandu e-hailing.

“Ini kerana, perkhidmat­an mereka hanya terhad kepada mengambil dan menurunkan penumpang di satu-satu tempat yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra LPKP di sini pada Sabtu.

Nancy berkata ada kalangan pemandu teksi yang bingung akan implikasi kewujudan pasaran e-hailing kerana kurangnya pengetahua­n tentang bagaimana Program TITP yang diihamkan oleh Perdana Menteri dapat membantu mereka.

“Kerajaan tidak membiarkan pemandu teksi terumbang ambing begitu sahaja.

“TITP dirangka oleh Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) selepas mendapat kelulusan kerajaan pada Ogos 2016 bagi mendorong industri teksi negara untuk terus berkembang dan menjadi lebih mampan serta responsif kepada kuasa pasaran,” jelasnya.

Turut hadir ialah Pengerusi LPKP Sabah Datuk Raime Unggidan Pengerusi Penganjur Majlis Jason Sumion.

Di majlis itu, turut diadakan penyampaia­n sumbangan kepada dua badan kebajikan yang terpilih iaitu Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu dan Rumah Amal Kasih Kota Kinabalu.

Kedua-dua badan kebajikan berkenaan masing-masing menerima RM5,000 iaitu, RM2,000 daripada Koperasi Kakitangan LPKP (KoLPKP), RM2,000 daripada Nancy (RM2,000) dan RM1,000 daripada Raime.

“Pemandu teksi konvension­al yang menyertai e-hailing mendapat akses kepada kedua-dua perkhidmat­an e-hailing dan street hailing yang tidak dapat dinikmati oleh pemandu e-hailing. Ini kerana, perkhidmat­an mereka hanya terhad kepada mengambil dan menurunkan penumpang di satu-satu ” tempat yang telah ditetapkan.

DATUK SERI NANCY SHUKRI Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? NANCY (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu.
NANCY (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu.
 ??  ?? NANCY (tengah) dan Raime (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada Rumah Amal Kasih Kota Kinabalu.
NANCY (tengah) dan Raime (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada Rumah Amal Kasih Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia