Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan peruntuk RM100,000 baik pulih Kuil Sri Subramania­m

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membaik pulih Kuil Sri Subramania­m di Lok Kawi.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, pemberian peruntukan berkenaan adalah bukti keprihatin­an kerajaan kepada semua rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan agama.

“Kita semua adalah satu keluarga yang besar tanpa mengira kaum, agama ataupun anda hanya kaum minoriti.

“Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya kerajaan yang benar-benar boleh memenuhi keperluan masyarakat India di Sabah ini,” katanya pada Majlis perhimpuna­n Bersama Masyarakat India, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, setelah selesai proses membaik pulih kuil berkenaan, upacara penyucian iaitu Maha Kumbhabise­gham akan dapat diadakan oleh masyarakat India yang diadakan sekali pada setiap 12 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Kongres India Malaysia (MIC) Sabah Datuk V Jothi menggesa masyarakat India di negeri ini yang layak mengundi untuk terus memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, lebih 5,000 komuniti India di negeri ini layak mengundi iaitu 600 pengundi dari Parlimen Kota Kinabalu, 400 dari Parlimen Penampang dan 500 di Parlimen Putatan.

“Walaupun ia kelihatan seperti sebilangan kecil, sokongan dan undi dari bangsa minoriti ini masih sangat penting, dan ia juga dikira,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri sememangny­a sudah banyak membantu masyarakat India yang bukan sahaja dalam urusan keagamaan seperti pembinaan kuil, malah turut melibatkan aspek lain seperti pendidikan dan isu permit penduduk tetap (PR).

Pada majlis itu, Musa menyampaik­an anugerah kepada anak-anak muda masyarakat India yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 ??  ?? MUSA (empat kiri) dan Jothi (empat kanan) merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah.
MUSA (empat kiri) dan Jothi (empat kanan) merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia