Utusan Borneo (Sabah)

JKKK nadi pembanguna­n masyarakat

64 hadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB Membakut anjuran KPLB

- Oleh SALMAN ABADI

BEAUFORT: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) merupakan nadi kepada aktiviti pembanguna­n masyarakat di peringkat kampung yang bertindak sebagai penggerak, penyelaras dan badan perantara dua hala antara rakyat dan kerajaan.

Menteri Pembanguna­n Luar bandar (KPLB) Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, peranan JKKK dan JKDB amat penting untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat melalui pelbagai perkhidmat­an yang disediakan bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan lengkap dengan keperluan asas.

Katanya, kepimpinan JKKK/ JKDB perlu menyediaka­n pelan tindakan kemajuan kampung, berpanduka­n keperluan penduduk dengan memberi keutamaan kepada pelaksanaa­n program pemantapan diri dan peningkata­n keupayaan untuk berdikari.

Justeru katanya, bagi mempastika­n proses perancanga­n program atau projek kesejahter­aan rakyat dapat diatur dengan baik, pihak JKKK/JKDB memerlukan input data kampung yang lengkap.

“Ini penting agar setiap perancanga­n aktiviti JKKK/JKDB menepati sasaran dan selaras dengan keperluan penduduk setempat sama ada dari aspek keselamata­n, penyaluran bantuan, pengawalan wabak penyakit atau aspek perpaduan dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Setiausaha Rendah (Sosial Ekonomi) KPLB Serbini Jadin pada Majlis Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB Membakut, di sini.

Kursus selama tiga hari itu disertai 64 orang terdiri pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha JKKK/JKDB, anjuran KPLB Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Membakut dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Membakut.

Menurut Radin, pada umumnya prestasi perkhidmat­an JKKK dan JKDB di negeri ini telah meningkat baik dan berjaya menyampaik­an kehendak masyarakat kepada kerajaan berhubung keperluan asas seperti pembinaan jalan raya, bekalan air dan elektrik, sekolah, rumah ibadat dan sebagainya.

Namun begitu katanya, masih terdapat sebahagian JKKK dan JKDB yang kurang memahami dengan jelas mengenai peranan, tugas dan tanggungja­wab institusi JKKK/JKDB yang sebenarnya. Menyedari hakikat itu katanya, pihak KPLB akan terus melaksanak­an Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB sebagai program latihan induksi yang wajib dihadiri oleh semua pengerusi dan setiausaha yang baru dilantik.

“Ia agar mereka dapat memahami dengan lebih baik mengenai peranan, bidang tugas dan tanggungja­wab JKKK/JKDB,” jelasnya.

Beliau berharap kursus berkenaan dapat dijadikan sebagai medan transforma­si ilmu dan sesi percambaha­n fikiran untuk berkongsi pengalaman masingmasi­ng mengenai urus tadbir kampung dengan lebih baik dan berkesan.

Jelasnya, pendedahan dan ilmu pengetahua­n yang diperolehi melalui kursus kepimpinan itu diharap dapat diaplikasi­kan sepenuhnya untuk meningkatk­an prestasi perkhidmat­an JKKK/ JKDB di kawasan Membakut selaras dengan hasrat dan aspirasi penduduk setempat.

Radin yang juga Adun Melalap menjelaska­n, dalam usaha membangunk­an komuniti, warga belia hendaklah diberi peluang untuk turut sama terlibat dalam pentadbira­n kampung kerana golongan belia merupakan tonggak utama sesebuah kampung pada masa hadapan.

Menurutnya, hubungan erat dan kerjasama baik antara pemimpin sedia ada dengan pemimpin belia akan mencetuska­n pelbagai idea bernas yang boleh menaikkan lagi prestasi dan imej kemajuan kampung masing-masing selaras dengan tonggak Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang menekankan penglibata­n belia dalam mencetus inspirasi, inovatif dan kreatif dalam pembentuka­n masa depan negara.

Beliau berkata, tahap kesejahter­aan hidup rakyat setempat amat berkait rapat dengan aspek keselamata­n yang ada dan jika rakyat merasakan selamat maka tahap kesejahter­aan hidup juga adalah baik.

Justeru, beliau menyeru barisan kepimpinan JKKK/ JKDB memainkan peranan lebih aktif bagi mempastika­n tahap keselamata­n kawasan masingmasi­ng berada pada tahap yang terbaik.

Kursus itu bertujuan meningkatk­an kefahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungja­wab badan JKKK/ JKDB, meningkatk­an kefahaman mengenai sistem pentadbira­n daerah dan pengendali­an mesyuarat dengan baik dan berkesan serta memberi pengetahua­n dan kefahaman mengenai isu-isu keselamata­n dan kesejahter­aan kampung.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Setiausaha (LPM) KPLB yang juga penyelaras kursus Majaran Osman, Penolong Pegawai Daerah Kecil Membakut Haji Sanudin Ismail dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Membakut Haji Pg Hamzah Haji Pg Simpol.

 ??  ?? SERBINI (tengah) diiringi Majaran (kiri), Sanudin dan Pg Hamzah (kanan) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada wakil peserta kursus.
SERBINI (tengah) diiringi Majaran (kiri), Sanudin dan Pg Hamzah (kanan) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada wakil peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia