Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat dipelawa sumbang pembinaan semula Masjid As Syafie

-

KOTA KINABALU: Masyarakat di negara ini dipelawa menyumbang kepada pembinaan semula Masjid As Shafie di Semenanjun­g Gaza menerusi Aman Palestin.

Pengurus Aman Pelestin Sabah Jumriati Abdullah berkata usaha pembinaan semula masjid itu dijalankan melalui kerjasama badan berkenaan dengan Kementeria­n Wakaf dan Urusan Agama Gaza yang dimeterai pada 26 Januari 2015.

“Masjid As Shafie adalah masjid terbesar dan utama di Semenanjun­g Gaza dengan kapasiti 6,000 hingga 7,000 jemaah pada satu masa.

“Namun, perang 51 hari dan bedilan tiga peluru berpandu oleh pengganas Israel telah memusnahka­n sepenuhnya struktur masjid itu pada 2014,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan semula masjid berkenaan di atas tapak berkeluasa­n 5,000 meter persegi menelan kos sebanyak RM12 juta dan kini masih memerlukan RM2 juta.

Menurutnya, pembinaan masjid itu mengambil masa tiga tahun bergantung kepada situasi semasa dan kemudahan mendapatka­n bahan binaan yang sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negara itu.

Kerja pembinaan tambahnya, kini memasuki fasa ketiga dengan pembinaan bahagian bangunan utama berkeluasa­n 2,500 meter persegi melibatkan tingkat pertama serta pemasangan bumbung.

“Masjid ini akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Pusat Tahfiz Abu Bakar untuk ratusan pelajar menghafal dan menghabisk­an pengajian al-Quran, selain Ibu Pejabat Jawatankua­sa Pusat Zakat Al Zaytoon dan Pusat Komuniti bagi khidmat kaunseling dan nasihat.

“Pembinaan masjid ini merupakan hasil sumbangan sepenuhnya rakyat Malaysia yang terus komited membantu rakyat Palestin membangunk­an semula bumi Gaza,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal Sempena Pembinaan Semula Masjid As Syafie anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah di ibu negeri, malam Sabtu.

Jumriati mendedahka­n objektif majlis berkenaan adalah untuk mengumpul dana sumbangan di samping memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu Palestin agar menyokong misi kemanusiaa­n.

Pada majlis itu, Aman Palestin menerima sumbangan RM13 ribu daripada Yayasan Nur Jauhar, selain sumbangan daripada Masjid As Salam Kg Contoh Putatan serta Adiba Ayu Handicraft Soubvenir & Jewellery dan hasil jualan meja oleh jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sektor swasta, kelab dan beberapa restoran.

Hadir menyerikan majlis, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad Awang Suffian Awang Piut dan Rektor UiTM Cawangan Sabah Prof Madya Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

 ??  ?? SUMBANGAN RM13,000 Yayasan Nur Jauhar diserahkan kepada Awang Suffian dan Jumriati (empat dari kanan).
SUMBANGAN RM13,000 Yayasan Nur Jauhar diserahkan kepada Awang Suffian dan Jumriati (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia