Utusan Borneo (Sabah)

Etika dan protokol ahli Perkep

Kursus berjaya tingkat keyakinan ahli Perkep IPD Tawau

- PENYAMPAIA­N sijil peserta oleh Mohd Zulhasnan kepada Nurashidah.

PERSATUAN Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah menganjurk­an Kursus Etika dan Protokol untuk ahli Perkep IPD Tawau di Dewan Kulinari Art, Bandar Seri Indah Tawau.

Kursus itu telah dilaksanak­an oleh Kolej Komuniti Tawau dan merupakan kursus kali kedua selepas yang pertama pada 2016 iaitu kursus membuat rose bouquet. Kursus itu juga di bawah program Biro Pendidikan Perkep IPD Tawau.

Hadir di kursus itu ialah Pengerusi Perkep IPD Tawau Nurashidah Ishak serta seramai 17 orang terdiri ahli jawatankua­sa tertinggi, Biro Pendidikan dan ahli Perkep.

Tenaga pengajar untuk kursus adalah terdiri daripada pensyarah Kulinari Art dari Kolej Komuniti iaitu Abd Halim Ruseh selaku penyelaras program, Mohd Izham Ishak penceramah kursus dan Abd Halim Mustafa selaku moderator majlis.

Salah satu pengisian program ialah mendedahka­n para peserta dengan etika di meja makan untuk ahli jemputan dalam majlis rasmi ataupun golongan VIP. Antara aspek yang ditekankan adalah cara duduk postur badan yang betul serta cara menghidang makan dan minuman dengan teknik yang betul.

Program yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan itu bertujuan mengatasi masalah kurang keyakinan dan pengetahua­n dalam menghidang makan bagi golongan VIP semasa majlis rasmi. Objektif program secara khususnya adalah untuk meninggika­n tahap profesiona­lisme dalam kalangan AJK Perkep berkaitan etika dan protokol di meja makan VIP.

Sementara itu, Nurashidah berharap program seumpama itu akan dapat diteruskan lagi kerana dapat memberikan impak ilmu yang berterusan serta dapat dipraktikk­an dalam kehidupan seharian.

“Program ini berjaya menambah ilmu pengetahua­n tentang etika dan protokol di meja makan dalam majlis rasmi dan ia dapat menyediaka­n ahli Perkep dengan kemahiran yang diperlukan dalam penganjura­n majlis rasmi,” katanya.

Majlis penyampaia­n cendera kenangan daripada Perkep IPD Tawau dan sijil kepada semua peserta disempurna­kan oleh Nurashidah di akhir program berkenaan.

“Program ini berjaya menambah ilmu pengetahua­n tentang etika dan protokol di meja makan dalam majlis rasmi dan ia dapat menyediaka­n ahli Perkep dengan kemahiran yang diperlukan dalam ” penganjura­n majlis rasmi. NURASHIDAH ISHAK Pengerusi Perkep IPD Tawau

 ??  ?? PESERTA program dari Perkep IPD Tawau bersama wakil kolej Komuniti Mohd Zulhasnan (dua dari kanan) dan Mohd Izham Ishak (kanan) setelah menerima sijil tamat kursus pendek.
PESERTA program dari Perkep IPD Tawau bersama wakil kolej Komuniti Mohd Zulhasnan (dua dari kanan) dan Mohd Izham Ishak (kanan) setelah menerima sijil tamat kursus pendek.
 ??  ?? BARISAN peserta kursus bergambar kenangan sebelum bermula program di hadapan pintu utama Kulinari Art Kolej Komuniti Bandar Seri Indah Tawau.
BARISAN peserta kursus bergambar kenangan sebelum bermula program di hadapan pintu utama Kulinari Art Kolej Komuniti Bandar Seri Indah Tawau.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Izham selaku penceramah kursus telah membuat praktikal dan demonstras­i kepada salah seorang peserta.
MOHD Izham selaku penceramah kursus telah membuat praktikal dan demonstras­i kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia