Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama serumpun YDKMM dan Komuniti Gema, Indonesia

-

YAYASAN Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) telah mengadakan lawatan kerja ke atas Komuniti Generasi Bermanfaat (Gema), Indonesia.

Rombongan lawatan selama empat hari itu diketuai oleh Ghafur Rahim Mustakim, calon pelajar PhD Marin Biotoksin, UMS merangkap timbalan pengerusi YDKMM Sabah.

Turut hadir ialah

Noor Aini Bohari, calon pelajar PhD Bioteknolo­gi, UMS merangkap ketua Pembanguna­n Insan dan Modal Belia YDKMM Sabah serta Noor Faizatul Akhmar Noor Yusry, mewakili bahagian keusahawan­an YDKMM.

Tujuan utama lawatan adalah untuk membentuk persefaham­an antara belia serumpun (Malaysia dan Indonesia), mewujudkan kerjasama jaringan perniagaan serta membina intergrasi sosial dan budaya.

Antara aktiviti yang dilaksanak­an sepanjang lawatan itu adalah pertemuan integrasi di antara YDKMM dan Gema serta Bengkel Pembanguna­n Belia Serumpun (Malaysia dan Indonesia) khususnya Sabah.

Selain itu, kerjasama jaringan perniagaan juga diadakan dengan melihat kepada peluang perniagaan yang boleh dikembangk­an bersama khususnya di Sabah.

Ghafur selaku ketua rombongan berkata, “Saya melihat lawatan selama empat hari di Indonesia ini membuka pelbagai jaringan peluang perniagaan dan mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara YDKMM dan Gema.”

“Semoga dengan usahasama secara tidak langsung ini dapat menjalin hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia agar dapat mengembang­kan wawasan YDKMM sehingga ke peringkat global,” katanya.

Bagi Wahyu Rumbianing­rum, 21 yang merupakan graduan Ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Telkom, Bandung, Indonesia, lawatan itu memberi peluang mengetahui budaya yang terdapat di Malaysia khususnya di Sabah.

“Selain itu, saya juga dapat saling bertukar idea mengenai sistem pendidikan, perilaku masyarakat dan lain-lain perkara yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Dia yang baru sahaja dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik di dalam jurusannya dengan pencapaian PNGK 3.93 turut mengatakan dia juga berpeluang menjalin hubungan serta membuka jaringan perniagaan di Malaysia khususnya di Sabah yang mana, terlalu banyak produk Indonesia yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

Sementara Utami, 20, yang juga pelajar dari Universiti Telkom berkata, “Lawatan pihak YDKMM ke atas Gema sangat membantu saya dalam menambah ilmu mengenai perniagaan,” katanya.

Utami turut merasa kagum apabila dapat mengetahui bahawa sebenarnya bidang perniagaan telah dilakukan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi.

Lawatan pihak YDKMM ke Indonesia mendapat sambutan yang agak menggalakk­an daripada komuniti Gema. Ia diharap akan dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.

 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama YDKMM dan Gema (bahagian belia lelaki).
GAMBAR kenangan bersama YDKMM dan Gema (bahagian belia lelaki).
 ??  ?? GHAFUR (barisan tengah, kanan), Noor Aini (dua dari kiri, barisan ketiga) dan Noor Faizatul (tiga dari kiri, barisan ketiga) bersama barisan komuniti Gema.
GHAFUR (barisan tengah, kanan), Noor Aini (dua dari kiri, barisan ketiga) dan Noor Faizatul (tiga dari kiri, barisan ketiga) bersama barisan komuniti Gema.
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama YDKMM dan Gema (bahagian belia perempuan).
GAMBAR kenangan bersama YDKMM dan Gema (bahagian belia perempuan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia