Utusan Borneo (Sabah)

Beri perkhidmat­an terbaik

- Oleh SALMAN ABADI

SELURUH warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa membulatka­n tekad dan memperbaha­rui sumpah keramat serta lafaz ikrar taat setia untuk terus memberikan perkhidmat­an kepolisan yang terbaik kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam perutusann­ya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 menyeru anggota PDRM agar terus mengekalka­n kerjasama erat serta kesepakata­n yang padu antara polis dan masyarakat seiring dengan tema Hari Polis tahun ini iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Perutusan beliau disampaika­n oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velautham sempena Sambutan Hari Polis Ke-211 (2018) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Dalam perutusan itu, Mohd Fuzi berkata PDRM akan meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara dengan semangat yang kekal kental dan penuh iltizam.

“Dengan usia yang begitu matang, pastinya kita lebih mampu mencorakka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang berkesan serta memenuhi kehendak stakeholde­rs yang sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia,” katanya.

Katanya, dalam menyambut ulang tahun penubuhan pasukan, pihaknya tidak melupakan pengorbana­n para pesara PDRM dan rakanrakan yang telah terkorban demi mempertaha­nkan bumi Malaysia.

“Sesungguhn­ya, apa kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan mereka (pesara polis) dalam mempertaha­nkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sempena sambutan Hari Polis 2018 di IPD Beluran tahun ini, seramai 42 orang termasuk tiga orang awam menerima sijil atau surat penghargaa­n yang disampaika­n oleh Supt Shivananth­an, manakala 12 anggota Sukarelawa­n Polis (SP) IPD Beluran turut menerima sijil pelantikan.

Seramai tiga pegawai polis IPD Beluran menerima sijil penghargaa­n Pesuruhjay­a Polis (PJP) Sabah 2017 iaitu ASP Kamaruddin Ambo Sakka, Insp R Jas Dwed Sidin dan SI Abdullah Mahmud.

Lapan pegawai dan anggota IPD Beluran turut menerima PJP Sabah sempena Hari Polis tahun ini.

Mereka ialah Insp Mohd Yusri Ya’acob, SI Anuar Hamdan Ibrahim, SM Abdul Razak Suin, Sjn Damianus @ Balaola Geradus, Sjn Karim Evin, Sjn Rosman Abu, Kpl Abd Sarip Sudding dan Kpl Mohd Jamsari Zakaria.

Sementara itu, seramai lima anggota polis IPD Beluran termasuk dua pegawai turut menerima surat penghargaa­n Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) iaitu Insp Jeffrey Kadisun, Insp Mohd Izwan Kamarudin, Sjn Joseph Jani, Sjn Johanshah Dulang dan Kpl Ruslan Kaldin.

Turut menerima sijil penghargaa­n dan kenaikan pangkat ialah Sjn Rosman Abu dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Beluran.

Dua orang awam (media) yang turut menerima PJP

Dengan usia yang begitu matang, pastinya kita lebih mampu mencorakka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang berkesan serta memenuhi kehendak stakeholde­rs yang sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia. Ketua Polis Negara

Sabah ialah Salman Abdullah (Utusan Borneo) dan Hazmin Syahman Abd Rahman (wartawan sambilan Harian Metro - New Straits Times Press) atas sumbangan dan sokongan kepada IPD Beluran dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat mengenai perkhidmat­an polis.

TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN

Seramai 23 anggota polis IPD Beluran menerima surat penghargaa­n KPD Beluran tahun ini termasuk Insp R Jas Dwed Sidin kerana menunjukka­n pencapaian tugas yang cemerlang sepanjang tahun 2017, manakala seorang awam turut menerima penghargaa­n KPD Beluran iaitu Pengurus Ladang

Me- langking

Muhammad Al-Shafiq Mustafah atas sumbangan dalam membantu menjayakan sambutan Hari Polis Ke-211 di IPD Beluran.

Pada keseluruha­nnya, seramai 254 orang menghadiri Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 peringkat IPD Beluran melibatkan 17 pegawai, 102 anggota pangkat rendah (APR), 48 ahli Perkep, 22 Sukarelawa­n Polis (SP), 18 pegawai awam di IPD Beluran dan 52 orang awam.

Majlis itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n ‘Gayung Perang’ oleh para anggota IPD Beluran, sambil diiringi deklamasi puisi bertajuk ‘Sang Saka Biru 211 Tahun Usiamu’ yang dideklamas­ikan oleh Kpl Samsir Sinabu. Persembaha­n Gayung Perang merupakan inisiatif dan dorongan KPD Beluran dalam usaha mempastika­n semua naggota mempunyai kemahiran tempur tangan dan benet sepanjang masa dan IPD Beluran adalah perintis yang mengadakan tari itu di peringkat balai polis di negeri Sabah.

Terdahulu, Shivananth­an memeriksa barisan kawalan kehormat dan mengetuai upacara lafaz ikrar taat setia dan seterusnya menyampaik­an sijil dan surat penghargaa­n kepada para penerima, sebelum mengadakan acara memotong kek Hari Peringatan Polis Ke-211.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, wakil Adun Labuk Abdul Rahman Haji Kangkawang yang juga Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk, ASP Jais Adok dan juga Pengerusi Perkep IPD Beluran Haimavathy A/P AR Nair.

Dalam perkembang­an lain, Ronald meluluskan sumbangan peruntukan sebanyak RM20 ribu kepada pihak Perkep IPD Beluran untuk kerja ubah suai dan naik taraf ruang pejabat Perkep di Beluran.

Selaku Pengerusi Perkep Haimavathy dan seluruh ahli Perkep IPD Beluran merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Beluran atas komitmen dan keprihatin­an meluluskan sumbangan itu yang pastinya amat bermanfaat dan disyukuri oleh seluruh ahli persatuan itu.

42 anggota dan orang awam terima sijil penghargaa­n sempena Hari Polis

 ??  ?? SHIVANANTH­AN (tengah) bersama Ronald dan para jemputan serta pegawai polis ketika acara memotong kek.
SHIVANANTH­AN (tengah) bersama Ronald dan para jemputan serta pegawai polis ketika acara memotong kek.
 ??  ?? SHIVANANTH­AN bersama penulis yang turut menerima sijil penghargaa­n PJP Sabah sempena Hari Polis Ke211.
SHIVANANTH­AN bersama penulis yang turut menerima sijil penghargaa­n PJP Sabah sempena Hari Polis Ke211.
 ??  ?? SHIVANANTH­AN (kiri) memerika barisan Kawalan Kehormat.
SHIVANANTH­AN (kiri) memerika barisan Kawalan Kehormat.
 ??  ?? RONALD (tengah) meluluskan peruntukan RM20 ribu untuk Perkep IPD Beluran. Turut bersama ialah Haimavathy A (kanan Ronald).
RONALD (tengah) meluluskan peruntukan RM20 ribu untuk Perkep IPD Beluran. Turut bersama ialah Haimavathy A (kanan Ronald).
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Gayung Perang oleh anggota IPD Beluran menyerikan majlis itu.
PERSEMBAHA­N Gayung Perang oleh anggota IPD Beluran menyerikan majlis itu.
 ??  ?? SHIVANANTH­AN diirngi Jais menyampaik­an sijil penghargaa­n PJP Sabah kepada ASP Kamaruddin Ambo Sakka.
SHIVANANTH­AN diirngi Jais menyampaik­an sijil penghargaa­n PJP Sabah kepada ASP Kamaruddin Ambo Sakka.
 ??  ?? ROSMAN disematkan kenaikan pangkat oleh Shivananth­an.
ROSMAN disematkan kenaikan pangkat oleh Shivananth­an.
 ??  ?? (gambar atas) SEBAHAGIAN daripada 22 Sukarelawa­n Polis (SP) yang menerima surat pelantikan.
(gambar atas) SEBAHAGIAN daripada 22 Sukarelawa­n Polis (SP) yang menerima surat pelantikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia