Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n progresif dibawa KM selari matlamat negeri maju 2030

-

KUCHING: Pembanguna­n progresif yang dibawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disifatkan selari dengan matlamat menuju status negeri maju menjelang 2030.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia terbukti dengan pelaksanaa­n pembanguna­n berskala besar melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) dan terbaharu, sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

“Jika kita lihat, proses pembanguna­n ini dilakukan serentak tanpa menunggu satu persatu projek untuk siap, malah dari sudut penglihata­n Ketua Menteri, beliau tidak mahu Sarawak terus ketinggala­n.

“Sarawak kaya dengan hasil sumber asli, dan dengan hasil tersebut, pembanguna­n dapat dijalankan,” katanya.

Menurut beliau, pembanguna­n itu mampu meletakkan Sarawak setanding dengan negeri-negeri maju.

Mengulas tentang pengumuman laluan LRT yang akan dibangunka­n di Sarawak, Abdul Rahman berkata ia merupakan bentuk baharu pengangkut­an yang akan memanfaatk­an rakyat negeri ini.

Bagaimanap­un, sebagai permulaan ia akan dilaksanak­an secara berperingk­at, melibatkan fasa pertama di bahagian selatan merangkumi laluan dari Kuching, Samarahan dan Serian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai itu mendedahka­n daripada enam laluan yang ditetapkan, dua daripadany­a akan melalui kawasan Pantai Damai.

“Dari Muara Tuang-Damai, dan Serian-Telaga Air. kita harap dengan pembanguna­n laluan LRT ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat di Sarawak termasuk kawasan di DUN Pantai Damai.

“Ia (LRT) akan melalui kawasan kampung di DUN Pantai Damai, dan secara langsungny­a apabila kawasan ini disediakan dengan kemudahan LRT, pasti memberi impak kepada pembanguna­n di kawasan terlibat,” katanya.

Sebagai persediaan katanya, beliau telah memaklumka­n kepada masyarkat kampung agar bersiap sedia untuk menerima pembanguna­n tersebut.

Mengambil contoh di Kuala Lumpur katanya, kawasan laluan LRT akan membangun dan ia jelas terbukti memberi impak positif kepada kawasan berhampira­n laluan.

Menurutnya, sistem LRT bukan sahaja melibatkan pembanguna­n kawasan setempat, malah menyediaka­n pengangkut­an baharu di Sarawak yang akan memudahkan masyarakat untuk bergerak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia