Utusan Borneo (Sabah)

Kepelbagai­an kaum bukan penghalang pelajari adat tradisi kaum lain: Fatimah

-

MUKAH: Kepelbagai­an kaum di Sarawak bukan penghalang untuk sesuatu kaum mempelajar­i adat tradisi kaum lain.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, beliau kagum dengan kanak-kanak di peringkat bangku sekolah yang dapat menguasai tarian pelbagai etnik di negeri ini.

“Kita dapat lihat kanak kanak ini menari tarian pelbagai suku kaum di Sarawak, bukan hanya kuasai satu jenis tarian,” katanya pada perasmian Pesta Kaul Kampung Sungai Ud, Dalat, pada Sabtu.

Perkara itu katanya, adalah sesuatu yang baik dan membuktika­n keharmonia­n kaum di Sarawak.

“Bukan sahaja tarian Melanau, malah tarian kaum Iban, Orang Ulu dan lain-lain tarian turut dapat dipersemba­hkan dengan baik,” jelasnya.

Mengenai Pesta Kaul, Fatimah memberitah­u ia adat tradisi kaum Melanau yang harus dipelihara.

“Bukan sahaja sambutan Kaul, namun kita juga mahu adat istiadat pertunanga­n, perkahwina­n dan lain-lain dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang,” ujarnya.

Fatimah berkata, ia antara sebab Galeri Warisan Dalat diwujudkan iaitu menyimpan khazanah serta kekayaan adat istiadat serta tradisi dan sejarah Dalat.

Sementara itu, beliau menyeru penduduk agar mengekalka­n semangat kerjasama demi kebaikan semua pihak terutama untuk generasi baharu.

Kestabilan semua aspek terutama sosial, ekonomi dan politik amat kritikal bagi menyuburka­n keharmonia­n serta perpaduan dicapai sehingga kini, katanya.

 ??  ?? FATIMAH memukul gong simbolik perasmian Pesta Kaul Kampung Sungai Ud, Dalat sambil disaksikan tetamu lain.
FATIMAH memukul gong simbolik perasmian Pesta Kaul Kampung Sungai Ud, Dalat sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia