Utusan Borneo (Sabah)

Titik berat perkhidmat­an pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak

-

SIMUNJAN: Kepentinga­n perkhidmat­an pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak perlu dititikber­atkan terutama di kawasan luar bandar.

Menerusi penyampaia­n maklumat secara berkesan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia perlu dilaksanak­an secara berterusan selaras dengan perubahan isu semasa dan masyarakat sekeliling.

“Ini penting agar masyarakat lebih memahami dan mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n perkhidmat­an menerusi program ‘outreach’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Lan Berambeh SeDidik Mutiara Sageng di Dewan Mesra Simunjan di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simunjan, Awla Dris.

Beliau menyambut baik penganjura­n program yang secara tidak langsung dapat menyebar luas perkhidmat­an pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak.

Menurut Ahli Parlimen Batang Sadong itu, dasar dan program SeDidik merupakan satu strategi turun padang dan dekat di hati rakyat.

Malah, ia turut meninggalk­an impak kepada masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan.

Katanya, hal ini memerlukan kerjasama bersama ahli komuniti dan bukan peranan SeDidik semata-mata.

“Saya menyeru supaya gandingan kerjasama antara SeDidik, jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat, sukarelawa­n serta komuniti setempat digembleng agar masyarakat di Kampung Sageng dan kampung-kampung sekitarnya dapat dibantu agar terus bersaing dalam arus perdana pembanguna­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia