Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka saksikan dagangan lebih tinggi

Kebimbanga­n terhadap konflik perdaganga­n AS-China berkuranga­n

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan lebih tinggi minggu ini seiring dengan bursa serantau memandangk­an Wall Street pulih pada Khamis selepas terjejas berikutan kebimbanga­n perang perdaganga­n dan situasi sektor teknologi di Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pasaran AS ditutup pada Jumaat sempena cuti Good Friday.

Peniaga berkata, pada akhir suku pertama tahun ini, peningkata­n tekanan dihadapi pasaran dunia berikutan kebimbanga­n terhadap konflik perdaganga­n AS dan China semakin berkuranga­n memandangk­an keadaan itu telah reda.

Pada minggu lepas, Presiden AS Donald Trump dilaporkan berkata bahawa beliau mungkin menangguhk­an perjanjian perdaganga­n dengan Korea Selatan sehingga beliau bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tahun ini, dan akan melihat sama ada mereka boleh mencapai persetujua­n.

“Sentimen lebih baik boleh menjadi antara sebab munasabah bagi saham tempatan, termasuk yang lemah untuk bergerak lebih kukuh minggu depan (minggu ini), disokong pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan kenaikan harga minyak mentah yang telah melepasi paras psikologi AS$70 setong.

“Walaupun dijangka ada yang mencatatka­n jumlah dagangan berkuranga­n (disebabkan cuti Hari Easter di AS), indeks meluas itu akan mengalami peningkata­n berterusan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata paras sokongan bagi minggu ini adalah pada 1,850 dengan rintangan pada 1,880.

Peniaga lain berkata, pelabur tempatan mungkin berhati-hati memandangk­an Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 2.09 mata kepada 1,863.46 daripada 1,865.55 minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas susut 15.07 mata kepada 13,045.59 namun Indeks FBM Emas Syariah naik 31.92 mata kepada 13,230.74 dan Indeks FBMT100 bertambah 4.50 mata kepada 12,849.02.

FBM 70 meningkat 62.46 mata kepada 15,601.39 bagaimanap­un FBM Ace merosot 226.03 mata kepada 5,455.89.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan kurang 2.75 mata kepada 3,237.67 dan Indeks Perladanga­n susut 47.32 mata kepada 8,001.38.

Indeks Kewangan bertambah 18.94 mata kepada 18,227.97.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 9.81 bilion unit bernilai RM9.54 bilion, daripada 10.62 bilion unit bernilai RM10.41 bilion.

Pasaran Utama mencatatka­n jumlah dagangan sebanyak 6.53 bilion saham bernilai RM8.95 bilion berbanding 6.98 bilion saham bernilai RM9.8 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran mengecil kepada 1.57 bilion unit bernilai RM283.20 juta, daripada 1.63 bilion unit bernilai RM296.74 juta.

Pasaran ACE merekodkan jumlah dagangan lebih kecil iaitu 1.69 bilion saham bernilai RM303.96 juta daripada 1.97 bilion saham bernilai RM309.88 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia