Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah dijangka alami dagangan bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka kekal dalam dagangan bercampurc­ampur minggu ini, menjejaki pergerakan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.

Beliau berkata harga getah juga akan seiring dengan harga komoditi lain, serta pasaran niaga hadapan getah serantau, iaitu Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai.

Pergerakan harga minyak dunia turut akan mempengaru­hi pasaran getah minggu ini memandangk­an Pertumbuha­n Negara-negara Pengekspor­t Petroleum dan pembekal lain dilihat bersedia untuk meneruskan sekatan pengeluara­n bagi baki tahun ini dan berpotensi sehingga 2019.

Peniaga lain berkata walaupun dilaporkan bahawa kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n dunia semakin reda, namun sektor teknologi AS mengalami penurunan di Wall Street berikutan sentimen pasaran.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah kebanyakan­nya bercampur-campur susulan kekurangan pemangkin.

Berasaskan Jumaat ke Khamis, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat dua sen kepada 526.5 sen sekilogram, susu getah pukal turun 15.5 sen kepada 432.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 bertambah tiga sen kepada 521.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 12.5 sen kepada 429.5 sen sekilogram.

Pasaran Getah Kuala Lumpur ditutup padacuti Good Friday, sejajar dengan pasaran antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia