Utusan Borneo (Sabah)

Harga MSM dijangka RM2,360 hingga RM2,420 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka terus menyaksika­n dagangan berhati-hati pada minggu ini dengan harga diunjur sekitar RM2,360 dan RM2,420 satu tan.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata para pedagang masih bimbangkan kemungkina­n berulangny­a perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China selain jangkaan pasaran akan mengalami sedikit pembetulan teknikal pada minggu ini.

“Kami menjangkak­an pasaran akan didominasi oleh pembeli Eropah pada minggu depan (minggu ini) berikutan ketiadaan permintaan dari China,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, faktor lain yang dijangka turut mempengaru­hi harga MSM adalah pergerakan ringgit serta prestasi harga minyak mentah global.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran kebanyakan­nya diniagakan rendah akibat kekurangan permintaan disebabkan pengukuhan ringgit.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak April 2018 susut RM40 kepada RM2,380 satu tan, Mei 2018 dan Jun 2018 masing-masing merosot RM3 kepada RM2,429 dan RM2,425 satu tan manakala Julai 2018 berkuranga­n RM6 kepada RM2,419 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 154,806 lot daripada 288,792 lot pada Jumaat lepas manakala minat terbuka berkuranga­n kepada 242,642 kontrak daripada 276,721 kontrak, minggu sebelumnya.

Di pasaran fizikal, April Selatan berada pada RM2,440 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia