Utusan Borneo (Sabah)

Penyanyi ‘Jai Ho’ Tanvi sedia menyanyika­n lagu Melayu

- Oleh R Ratcharath­an

ARTIS rakaman antarabang­sa Tanvi Shah tidak menolak kemungkina­n menyanyika­n lagu Melayu sekiranya berpeluang berbuat demikian.

Tanvi, yang telah menyanyika­n lagu dalam 15 bahasa termasuk Tamil, Hindi, Telugu, Sepanyol, Arab, Portugis dan Latin berkata, beliau terfikir untuk menyanyika­n beberapa lagu tempatan apabila datang ke Malaysia.

Wanita India pertama yang memenangi Anugerah Grammy untuk ‘Best Song Written for Motion Picture or Other Visual Media’ untuk lagi ‘Jai Ho’ daripada filem ‘Slumdog Millionair­e’, juga membayangk­an bahawa beliau akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi untuk bekerjasam­a dengan artis tempatan.

“Diharapkan saya akan datang lagi ke sini dan bekerjasam­a dengan beberapa artis tempatan. Saya berharap orang ramai akan sukakannya,” kata penyanyi berusia 32 tahun itu.

Berkongsi pengalaman­nya bekerja dengan maestro muzik A.R. Rahman, Tanvi berkata bekerja dengan pemenang anugerah Oscar itu adalah satu pengalaman yang menakjubka­n kerana beliau bukan sahaja belajar tentang muzik tetapi juga mengenai modulasi suaranya setiap kali semasa rakaman.

“Beliau (A.R. Rahman) memberi kebebasan kepada anda untuk mencuba dan tidak menghalang artis berkenaan...yang mana saya rasa merupakan cara yang bagus. Saya rasa sangat bersyukur,” katanya.

Penyanyi lagu ‘Fanaa’ untuk filem Bollywood ‘Yuva’ itu juga berkata memenangi Anugerah Grammy pada 2010 ibarat mimpi buatnya.

“Saya terpaksa mencubit diri sendiri, seperti apa yang telah berlaku? Saya mewakili negara saya, saya mewakili wanita di negara saya. Jadi, tekanan itu ada tetapi ia pengalaman yang manis,” katanya dengan senyuman.

Tanvi yang turut menerima anugerah ‘First Ladies’, sebuah acara yang diterajui oleh Menteri Pembanguna­n Wanita dan Kanak-Kanak India Maneka Ghandi berkata beliau mempunyai sebuah kumpulan bernama ‘Tansha’.

Selain muzik, Tanvi juga terlibat secara aktif dalam kerja-kerja di Institut Kanser dan membantu kempen ‘End Polio’ oleh Rotary Internatio­nal.

Malah, beliau telah menyumbang­kan lagunya ‘Zindagi’ yang dihasilkan oleh JHawk, untuk album kempen End Polio itu yang menampilka­n artis-artis antarabang­sa seperti Itzhak Perlman, David Sanborn dan Ziggy Marley. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia