Utusan Borneo (Sabah)

Gabenor Kemerovo letak jawatan berhubung kebakaran terburuk di Rusia

-

MOSCOW: Gabenor wilayah Kemerovo di Rusia meletak jawatan semalam berhubung kebakaran di sebuah gedung beli-belah yang mengorbank­an lebih 60 orang selepas beberapa kesalahan dalam prosedur keselamata­n memerangka­p pelanggan dan kanak-kanak di dalam bangunan.

Aman Tuleyev berkata dalam satu video yang dipaparkan di dalam laman sesawang pentadbira­n negeri bahawa meletak jawatan adalah satu-satunya tindakan sewajarnya.

“Dengan beban yang begitu berat, ia adalah mustahil untuk bekerja sebagai gabenor,” katanya. “Ia adalah mustahil dari segi moral.”

Kebakaran Ahad lalu, antara yang paling buruk di Rusia sejak perpecahan Soviet Union, memusnahka­n sebuah kompleks pawagam dan kawasan permainan kanak-kanak di tingkat atas pusat beli-belah Winter Cherry di ibu kota wilayah.

Penyiasat berkata pada minggu lepas bahawa pintu keluar telah disekat secara salah, sistem pembesar suara dipadam, sistem penggera rosak, dan kanak-kanak telah dikunci di dalam pawagam.

Presiden Vladimir Putin berkata insiden itu disebabkan oleh kecuaian jenayah dan mereka yang bertanggun­gjawab akan dihukum.

Pada Jumaat lepas, polis menangkap seorang eksekutif dari firma yang memiliki gedung beli-belah terbabit.

Pengendali­an kecemasan yang kelam-kabut telah menimbulka­n kemarahan orang ramai di Kemerovo dan menarik perhatian kepada rasuah dan standard keselamata­n kebakaran yang longgar.

Perhimpuna­n untuk memperinga­ti mangsa diadakan di seluruh negara, termasuk di Moscow dan St Petersburg. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia