Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an berbasikal menuju negara bebas dadah

451 peserta jayakan pertanding­an berbasikal

-

SERAMAI 451 peserta dari Semenanjun­g, Sabah, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Brunei menyertai Pertanding­an Berbasikal Bebas Dadah MTB Road 66km Peringkat Negeri Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman melepaskan peserta pada jam 6.20 pagi di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.

Empat kategori dipertandi­ngkan melibatkan 38 peserta bagi kategori Junior Lelaki (13-17 tahun), Terbuka Lelaki (19-45 tahun) 288 peserta, Veteran Lelaki (46 tahun ke atas) 95 peserta dan Wanita Terbuka 30 peserta.

Setiap peserta memulakan kayuhan sejauh 66 kilometer bermula dari Taman Awam Teluk Likas menuju ke Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan UMS, Jalan Sepanggar/ Terowong Sepanggar, Jalan Politeknik, Jalan Sulaman sehingga Bulatan Kuda jalan Sulaman-Tuaran dan berpatah balik untuk menamatkan perlumbaan.

Johan setiap kategori menerima wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan; naib johan RM800, piala dan sijil; ketiga RM600, piala dan sijil; manakala semua peserta pertanding­an berbasikal yang berjaya menamatkan perlumbaan turut menerima jersi edisi khas MTB Sabah, medal, sijil dan tiket cabutan bertuah.

Pertanding­an yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pada masa yang sama, pihak penganjur turut mengadakan acara berbasikal ‘Sunday Family

Ride’ yang disertai Ketua Menteri, senamrobik, pemeriksaa­n kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, pameran daripada agensi-agensi kerajaan, persembaha­n buskers dan cabutan tiket bertuah kepada para pengunjung.

Hadir sama, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merangkap Timbalan Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Pengerusi Penganjur Pertanding­an Berbasikal Bebas Dadah MTB Road 66km Sabah Janet KL Chee serta Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

 ??  ??
 ??  ?? MUSA melepaskan pelumba basikal kategori Lelaki Terbuka di Taman Awam Teluk Likas.
MUSA melepaskan pelumba basikal kategori Lelaki Terbuka di Taman Awam Teluk Likas.
 ??  ?? MUSA serta Joannes (kiri), Lee (dua kiri), Janet (tiga kiri) dan Jainab (dua kanan) merakamkan gambar bersama peserta pertanding­an sebelum acara pelepasan.
MUSA serta Joannes (kiri), Lee (dua kiri), Janet (tiga kiri) dan Jainab (dua kanan) merakamkan gambar bersama peserta pertanding­an sebelum acara pelepasan.
 ??  ?? MUSA melawat ke gerai pameran sejurus menyertai Sunday Family Ride bersama-sama jemputan khas dan masyarakat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
MUSA melawat ke gerai pameran sejurus menyertai Sunday Family Ride bersama-sama jemputan khas dan masyarakat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
 ??  ?? MUSA gembira menyertai program ‘Sunday Family Ride’ bersama-sama jemputan khas.
MUSA gembira menyertai program ‘Sunday Family Ride’ bersama-sama jemputan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia