Utusan Borneo (Sabah)

EPU lulus RM15.4 juta naik taraf jalan raya Sepanggar

Naik taraf sistem jalan raya, perparitan di Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) meluluskan peruntukan berjumlah RM15.4 juta bagi menaik taraf sistem jalan raya dan perparitan di sekitar Parlimen Sepanggar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sebanyak RM11.7 juta akan digunakan untuk menyelesai­kan masalah seperti jalan berlubang.

“Baki peruntukan itu akan digunakan bagi menyelesai­kan sistem perparitan yang tersumbat dan sebagainya sehingga menyebabka­n banjir kilat di sini khususnya di Taman Wijaya Manggatal.

“Keseluruha­n usaha menaik taraf jalan raya dan perparitan itu melibatkan 20 kawasan dengan jumlah tidak kurang daripada 30 projek kecil.

“Projek menaik taraf jalan ini sudah pasti mampu meningkatk­an pergerakan lalu lintas di kawasan komersial dan perumahan seperti di Taman Perindustr­ian Kota K ina balu( K KIP ), Kingfisher, Kampung Warisan, Ke liang a u Mangatal, Kionsom Inanam, Kolombong dan Sinulihan Dambai,” katanya ketika ditemui sempena Lawatan Turun Padang di sekitar Parlimen Sepanggar, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, peruntukan

Projek menaik taraf jalan ini sudah pasti mampu meningkatk­an pergerakan lalu lintas di kawasan komersial dan perumahan seperti di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), Kingfisher, Kampung Warisan, Keliangau Mangatal, Kionsom Inanam, Kolombong dan Sinulihan Dambai. DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

yang diluluskan itu akan disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk pelaksanaa­n.

Rahman juga menyeru kepada penduduk di sini agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan sebaliknya wujudkan kerjasama dalam aktiviti gotong-royong bagi menyelesai­kan masalah yang wujud seperti membersihk­an lumpur di tepi jalan.

“Dalam soal ini, kita akan membantu dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai.

“Kawasan Indah Permai khususnya mempunyai penduduk padat dan jalan perhubunga­n memasuki Taman Bukit Sepanggar serta sekitarnya perlu diperbaiki,” katanya.

Beliau berharap kesefahama­n yang wujud di antara penduduk dalam aktiviti gotong-royong mampu meningkatk­an keselesaan hidup semua pihak.

 ??  ?? RAHMAN (kanan) menerima aduan daripada salah seorang penduduk di Taman Wijaya mengenai masalah sistem perparitan.
RAHMAN (kanan) menerima aduan daripada salah seorang penduduk di Taman Wijaya mengenai masalah sistem perparitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia