Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan empat tingkat roboh, korbankan 10 orang

Bencana bangunan biasa berlaku di India dengan jutaan penduduk terpaksa hidup dalam hartanah sempit, usang

-

NEW DELHI: Sebuah bangunan empat tingkat yang usang dan buruk telah roboh di sebuah bandar di tengah India dan membunuh sekurangku­rangnya 10 orang, kata polis semalam, bencana terbaharu seumpamany­a di negara yang terkenal kerana standard keselamata­n dan pembinaan yang buruk.

Penyelamat mengeluark­an beberapa orang yang terperangk­ap di bawah bertan-tan puing selepas bangunan runtuh dalam sebuah kawasan kejiranan yang sesak di Indore pada malam kelmarin.

“Kami mengeluark­an 12 orang dari bawah puing. Sepuluh daripada mereka sudah mati,” kata inspektor polis Sanju Kamle kepada AFP.

Laporan media tempatan menyebut keruntuhan itu berlaku selepas sebuah kereta merempuh bahagian depan bangunan.

“Kami sedang menyiasat. Buat masa sekarang, ia adalah sukar untuk menyatakan bagaimana ia runtuh,” kata Kamle.

Penyelamat berjaya mengalih puing dan beberapa mangsa yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan, ujar Kamle.

Bencana bangunan biasa berlaku di bandar-bandar India di mana jutaan penduduk terpaksa hidup dalam hartanah yang sempit dan usang disebabkan oleh harga hartanah yang melonjak dan ketiadaan perumahan yang elok.

Aktivis berkata pemilik sering menjimatka­n kos ke atas pembinaan tanpa mempedulik­an keselamata­n.

Kira-kira 30 orang mati September tahun lepas apabila sebuah bangunan pangsapuri berusia 117 tahun runtuh dalam hab kewangan India di Mumbai.

Pada 2013, 60 orang maut apabila sebuah blok perumahan roboh dalam salah satu bencana perumahan terburuk di negara itu. — AFP

 ??  ?? POLIS dan anggota penyelamat mengambil bahagian dalam operasi meyelamat selepas bangunan runtuh di Indore, di tengah bandar Madhya Pradesh, kelmarin. — Gambar AFP
POLIS dan anggota penyelamat mengambil bahagian dalam operasi meyelamat selepas bangunan runtuh di Indore, di tengah bandar Madhya Pradesh, kelmarin. — Gambar AFP
 ??  ?? POLIS dan anggota penyelamat menemui mayat selepas bangunan runtuh di Indore, di tengah bandar Madhya Pradesh, kelmarin. — Gambar AFP
POLIS dan anggota penyelamat menemui mayat selepas bangunan runtuh di Indore, di tengah bandar Madhya Pradesh, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia