Utusan Borneo (Sabah)

Mobile Apps Boot Camp mantapkan sistem penyampaia­n

-

SEMINAR

Mobile Apps Boot Camp Agensi Kerajaan Sabah yang diadakan di kampus INTAN Sabah, Kota Kinabalu, mampu memantapka­n sistem saluran penyampaia­n perkhidmat­an awam khususnya kepada rakyat negeri Sabah.

Penganjura­n seminar empat hari itu yang juga kolaborasi bersama di antara MAMPU Sabah, INTAN Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu merupakan tanda sokongan padu agensi-agensi kerajaan terhadap usaha transforma­si perkhidmat­an digital kerajaan dalam mempelbaga­ikan saluran penyampaia­n perkhidmat­an awam kepada rakyat.

Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani berkata, “Penganjura­n boot camp ini merupakan satu platform terbaik bagi berkongsi idea dan pembelajar­an secara

hands on training, untuk mempergiat­kan lagi pembanguna­n aplikasi mudah alih kerajaan khususnya di Sabah,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Setiausaha Persekutua­n Sabah Dr Jamaluddin Mohd Ali pada majlis perasmian penutup Mobile Apps Boot Camp Agensi Kerajaan Sabah di kampus INTAN Sabah pada Khamis.

Nor Rizan berkata, sinergi daripada boot camp berkenaan juga diharap dapat mencetuska­n pelbagai idea dan meningkatk­an kompetensi penjawat awam dalam pembanguna­n aplikasi mudah alih, yang dapat memberi manfaat dalam memantapka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan.

“Bagi merealisas­ikan pembanguna­n kompetensi dalaman di agensi sektor awam dalam membangunk­an mobile apps, boot camp ini dianjurkan sebagai salah satu usaha kerajaan bagi mendedahka­n para peserta secara ‘hands on’ tentang perkara ini dan seterusnya dapat membangunk­an mobile apps sekaligus memantapka­n lagi sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam di agensi masing-masing kelak,” katanya.

Mengimbau sejarah perkembang­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam, beliau berkata perkhidmat­an kerajaan melalui telefon mudah alih telah diperkenal­kan dengan inisiatif mySMS 15888 pada peringkat permulaan. Ia disusuli dengan inisiatif myGov Mobile pada tahun 2011, yang merangkumi perkhidmat­an mySMS, myMMS, myUSSD, myPay dan myApp.

“Sehingga kini, sebanyak 396 agensi telah menggunaka­n gerbangger­bang di myGov Mobile dengan menyediaka­n lebih 4,000 perkhidmat­an melalui telefon mudah alih,” katanya.

Menyedari perkembang­an teknologi dan penggunaan telefon pintar, Nor Rizan berkata kerajaan kini sedang menambah bilangan sistem penyampaia­n perkhidmat­an khususnya dengan pembanguna­n aplikasi-aplikasi mudah alih dan juga aplikasi pembayaran melalui telefon mudah alih, yang mana kesahihann­ya adalah lebih terjamin dan dipercayai.

Seminar yang julungkali diadakan di Sabah itu menyaksika­n Politeknik Kota Kinabalu sebagai penyumbang tenaga pengajar sepanjang tempoh seminar, yang disertai seramai 30 orang terdiri penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam pembanguna­n perisian di agensi masingmasi­ng.

Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan negeri Sabah, Jabatan Pendidikan negeri Sabah, Majlis Perbandara­n Tawau, Jabatan Komputer Negeri Sabah, Politeknik Kota Kinabalu, Jabatan Tenaga Kerja dan MAMPU Sabah.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah MAMPU Sabah Dato’ Haji Mohd Shuhaili Mohd Taufek, Pengarah INTAN Sabah Samsul Dollah dan Ketua Unit Multimedia Politeknik Kota Kinabalu Julkifli Awang Besar selaku penceramah boot camp itu.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah) ANTARA yang menyertai Mobile Apps Boot Camp selama empat hari itu.
(Gambar atas dan bawah) ANTARA yang menyertai Mobile Apps Boot Camp selama empat hari itu.
 ??  ?? JAMALUDDIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Shuhaili, diperhatik­an oleh Samsul (dua dari kiri) dan Julkifli (kiri).
JAMALUDDIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Shuhaili, diperhatik­an oleh Samsul (dua dari kiri) dan Julkifli (kiri).
 ??  ?? JAMALUDDIN (duduk, empat dari kanan) merakamkan kenangan bersama para peserta.
JAMALUDDIN (duduk, empat dari kanan) merakamkan kenangan bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia