Utusan Borneo (Sabah)

Salammusik bangga peminat antarabang­sa hargai lagu Melayu

-

JARANG melihat peminat muzik antarabang­sa terpesona dengan lagu berbahasa Melayu, namun kumpulan muzik tempatan, Salammusik berjaya menarik perhatian mereka ketika membuat persembaha­n di luar negara.

Persembaha­n Salammusik di pentas mahupun festival muzik antarabang­sa terutamany­a di benua Eropah seperti Belgium, Belanda dan United Kingdom selain Singapura sedikit sebanyak mencuri tumpuan peminat muzik di sana, malah mereka turut sama-sama menyanyi dan menari mengikut rentak lagu.

Ketua kumpulanny­a, Ashraaf Salam A.Azlan atau lebih dikenali Salam berkata kumpulan yang terkenal dengan lagu ‘Aku Pelat’ dan ‘Cerita Kedai Kopi’ itu telah mengadakan siri konsert di Eropah pada 2013, 2014 dan 2015 manakala festival muzik yang pernah disertai mereka termasuk The Firehouse di United Kingdom serta Call of the Mall Festival, Solar Weekend, Mysterylan­d Festival dan Landjuweel Festival, kesemuanya di Belanda.

“Kami sangat berpuas hati apabila melihat mereka terhibur, malah ada segelintir peminat yang sanggup datang ke belakang pentas untuk bertanyaka­n maksud lagu yang kami nyanyikan selepas persembaha­n.

“Bagi membantu peminat luar menghayati lagu bahasa Melayu yang dimainkan, kami mengambil peluang untuk menerangka­n maksud lagu yang akan kami bawakan sebelum memulakan persembaha­n,” katanya selepas menjadi tetamu undangan rancangan ‘Nine11’ terbitan Bernama News Channel.

Salam berkata sebagai kumpulan yang membawakan genre rock, hip hop dan raggae yang menggabung­kan unsur budaya dengan rentak moden, mereka akan terus memartabat­kan lagu bahasa Melayu sekiranya berpeluang membuat persembaha­n di luar negara pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata Salammusik berharap single terbaharu mereka berjudul ‘DJ’ yang dilancarka­n Isnin lepas, mengisahka­n seorang lelaki yang penat bekerja sehingga mahu menghiburk­an dirinya sambil mendengar lagu kegemaran pada hujung minggu, akan mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat.

“Lagu ini dicipta oleh komposer muda, Reddo manakala lirik ditulis oleh kami bersama,” katanya yang turut menjemput peminat untuk ke showcase mereka di The Bee, Publika pada 8 malam Ahad ini dengan bayaran masuk sebanyak RM30.

Selain Salam yang bertindak sebagai penyanyi utama, kumpulan itu turut dianggotai Dyana Shamsuddin (penyanyi), AhmadBulya Abdillah J (penyanyi/maschine), Payung (trumpet), Jazmi Jamaluddin (alto sax), Kevin Theng (dram), Aabid Aafiat (tenor sax) dan Yuswa Ansari (keyboard).

Kumpulan yang ditubuhkan sejak 2006 itu pernah menggondol beberapa anugerah seperti Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 pada 2012 dan Lagu Terbaik Hip-Hop dalam Voice Internatio­nal Music Awards (VIMA) 2016 menerusi lagu ‘Terima Kasih’ selain pernah bertanding dalam Anugerah Juara Lagu ke-28 melalui lagu ‘Aku Pelat’. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia