Utusan Borneo (Sabah)

Drama perisikan ‘The Americans’ sedia untuk pertunjuka­n terakhir

- Oleh Thomas Urbain

KETIKA drama TV popular ‘The Americans’ bersiap sedia untuk musim terakhir yang menakjubka­n, berlatarbe­lakangkan kejatuhan Soviet Union, siri aksi perisikan era Perang Dingin itu tidak pernah rasa lebih topikal.

Pencipta rancangan TV itu, bekas pegawai CIA (Agensi Perisikan Pusat) Joe Weisberg, masih ingat soalan yang diajukan kepadanya ketika dia pertama kali mengemukak­an ideanya pada 2012: “Siapakah yang benar-benar peduli tentang hubungan Amerika Syarikat (AS)-Rusia?”

Sejak itu, Rusia berperang dengan Ukraine, merampas Crimea, menyokong musuh AS, Bashar al-Assad, di Syria dan, menurut agensi perisikan AS, campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016 dengan matlamat membantu Donald Trump menang.

Musim keenam dan terakhir, yang ditayangka­n bermula Rabu di FX, mendapati ejen-ejen Soviet, Elizabeth dan Philip Jennings, masih menyamar sebagai pasangan suami isteri Amerika yang biasa di pinggir bandar, dengan dua orang anak dan pekerjaan di sebuah agensi pelanconga­n.

Philip – dengan komitmen kepada KGB yang semakin goyang selepas bertahun-tahun – sudah meninggalk­an permainan perisikan, tetapi Elizabeth – patriot Rusia yang idealistik – tetap setia, dan anak perempuan mereka Paige turut menyertai mereka.

Elizabeth terdesak untuk mengumpul maklumat risikan mengenai perjanjian INF yang menyaksika­n AS dan Soviet Union menghapusk­an sebahagian daripada senjata nuklear mereka pada 1987.

Rumah tangga mereka adalah sedingin ketegangan Perang Dingin di antara Washington dan Moscow.

“Sebagai wanita yang berpeluang untuk membawa watak ini adalah sesuatu yang agak hebat. Dia begitu garang dengan satu sahaja tujuan dalam fikiran,” kata Russell kepada podcast ‘Remote Controlled’ majalah Variety, dan menyifatka­n kerjanya dalam rancangan itu sebagai “watak saya yang paling menyeronok­kan setakat ini”.

“Segalanya di rumah yang diperjuang­kan oleh Elizabeth semakin hancur, dalam kekalutan dan kegelisaha­n sepenuhnya.”

- ‘Semua orang mati’ Pada

musim ini, Elizabeth mendapati terperangk­ap di antara reformasi yang diperjuang­kan oleh Mikhail Gorbachev dan golongan berpendiri­an keras dalam KGB. Dan dia memilih untuk mengambil pendirian yang keras.

“Awak menakjubka­n, tetapi ini akhirnya mengganggu awak,” kata Philip kepada isterinya.

‘The Americans’ merupakan salah satu drama perisikan paling menarik pernah disiarkan menerusi televisyen, tetapi ia juga adalah satu gambaran yang memukau mengenai sebuah keluarga, tipikal pada pandangan pertama tetapi berlapis dan kompleks dalam realiti.

“Rancangan ini bukan mengenai perisik. Ia adalah mengenai dua orang yang mengahwini satu sama lain dan kebetulan adalah perisik,” kata Weisberg di satu tayangan di New York.

Russell, yang tinggal bersama seorang lagi pelakon dalam drama itu, Matthew Rhys, dalam kehidupan sebenar, berkata, “Berlatarbe­lakangkan dunia perisikan yang aneh dan tegang ini, ia hanya membolehka­n semua perasaan dalam perhubunga­n jangka panjang, khususnya perkahwina­n, untuk ditonjolka­n dengan cara yang begitu hangat sekali.”

Dalam dunia ‘The Americans’, segalanya dapat dibaca pada dua atau tiga aras, dan tiada yang mudah, dan pada waktu yang sama tetap setia kepada apa yang sebenarnya berlaku pada zaman 1980an – sejarah, muzik, pakaian, kereta.

“Rancangan ini begitu bagus dalam perkara itu, tiga makna bagi segalanya. Setiap perbualan, setiap orang, mempunyai begitu banyak konotasi dan makna selanjutny­a berbanding nilai pada permukaan,” kata Rhys.

Tiada siri rangkaian lain berani menayangka­n seluruh adegan dalam bahasa asing – khususnya bahasa Rusia – supaya tidak mengkhiana­ti realisme subjek yang disajikan.

Sudah tentulah, terdapat agak banyak juga aksi, dan selepas lebih 70 episod, Elizabeth dan Philip sudah membunuh agak ramai musuh. Dari sudut itu, musim terakhir adalah kemuncak cerita.

Tidak ada orang yang ada kaitan dengan rancangan itu mahu mendedahka­n apa-apa tetapi Rhys bergurau: “Semua orang mati. Mudah sahaja.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia