Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana internet Papar akan dipertingk­at

-

PAPAR: Prasarana internet di daerah ini akan dipertingk­at bagi membolehka­n rakyat menikmati liputan dengan capaian berkelajua­n tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata usaha itu bagi merealisas­ikan dasar penembusan 95 peratus jalur lebar di negara ini menjelang tahun 2020.

“Kementeria­n ini bertanggun­gjawab terhadap sasaran penembusan jalur lebar 95 peratus di negara ini dengan lebih 50 peratus capaian internet berkelajua­n tinggi.

“Keperluan kita adalah prasarana internet, bukan saja sekadar liputan tetapi juga berkelajua­n tinggi untuk masyarakat di bandar dan luar bandar.

“Bagi tujuan itu, Pejabat Daerah dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengkaji keperluan menara telekomuni­kasi di beberapa tempat yang mempunyai masalah,” jelas beliau.

Salleh turut menyatakan peningkata­n prasarana itu juga bakalmembu­kapeluangk­epada masyarakat menjalanka­n aktiviti ekonomi atas talian.

“Dengan adanya kemudahan internet, masyarakat dapat meluaskan lagi perniagaan mereka menerusi eUsahawan dan eRezeki sesuai dengan usaha kerajaan mewujudkan ekonomi digital,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Mini Demi Paparku di Dewan SMK Pengalat, di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n komitmen kementeria­n berkenaan mewujudkan bangunan pejabat bagi Jabatan Penerangan (Japen) di daerah ini tidak lama lagi.

Turut diumumkan, sumbangan RM100 ribu sebagai dana aktiviti kepada badan sukarela, Squad 175 Papar yang ditubuhkan bagi menyuburka­n sikap sukarela dalam kalangan ahli dan terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur merangkap Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling dan Timbalanny­a Supian Musa.

 ??  ?? SALLEH (tengah), Rosnah dan Ghulam (enam dari kiri) bersama Swady (lima dari kanan) melaungkan ‘Demi Paparku’.
SALLEH (tengah), Rosnah dan Ghulam (enam dari kiri) bersama Swady (lima dari kanan) melaungkan ‘Demi Paparku’.
 ??  ?? SALLEH menunjukka­n baju T Squad 175 Papar sambil diperhatik­an Rosnah (kiri) dan Ghulam (tengah).
SALLEH menunjukka­n baju T Squad 175 Papar sambil diperhatik­an Rosnah (kiri) dan Ghulam (tengah).
 ??  ?? SALLEH menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
SALLEH menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia