Utusan Borneo (Sabah)

Sabah buru tiga mata

-

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga mata perlu dibawa balik oleh skuad badak remaja menerusi dua perlawanan Piala Presiden di tempat lawan minggu ini.

Pasukan bawah 21 tahun Sabah akan menentang Melaka di Stadium Hang Tuah menerusi aksi bermula 4.45 petang ini diikuti perlawanan kedua menentang Selangor di Stadium Mini MMU, Cyberjaya pada 5 April (Khamis).

Selepas rehat dua minggu, pasukan negeri ini menyambung aksi dengan harapan untuk meneruskan aksi cemerlang persaingan Kumpulan A pada kedudukan persada liga mengatasi 10 pasukan lain.

“Kita meletak sasaran untuk memungut sekurang-kurangnya tiga mata dari dua perlawanan ini, dan maksima empat mata. Untuk mencapai sasaran ini, kita perlu mencatat sekurang-kurangnya satu kemenangan dan lagi seri. Tapi jika kita berjaya memungut enam mata penuh, ini merupakan bonus untuk kita,” kata pengurus pasukan Mohd Yassin Aman pada Ahad.

“Kita telah melakukan persiapan yang baik semasa rehat dua minggu ini. Kita mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an dengan pasukan kelab-kelab tempatan dan juga pasukan bawah 21 tahun negara Brunei Darussalam di mana kita menang dengan agregat 2-1.

“Selain dari itu, kita juga telah mempertaja­mkan bahagian serangan, yang mana kita rasakan perlu untuk memperbaik­i lagi bahagian ini. Oleh itu, saya berharap bahagian serangan kita akan menunjukka­n kemajuan dalam dua perlawanan itu,” jelas beliau.

“Kejayaan mencapai sasaran itu pastinya memberi moral dan keyakinan tinggi untuk pasukan negeri ini menerusika­n saingan dengan mengharung­i enam perlawanan berturut-turut di hadapan penyokong sendiri.

“Ini merupakan kelebihan yang tidak boleh kita lepaskan untuk kita menempatka­n diri dalam kelompok teratas liga untuk kita mara ke pusingan kedua,” tambah Yassin.

Menurut beliau, tanggungja­wab minggu ini akan dipikul oleh skuad lengkap termasuk lima pemain dari skuad senior iaitu Stanley Sulong, Mohd Aidil Safee, Mohd Sakri Masri, Hamran Peter dan Evan Wensley Wenceslaus.

“Kita juga mungkin akan memanggil kembali tiga pemain kita dari skuad bawah 19 tahun. Mereka tidak akan berada dalam kesebelasa­n utama, tetapi kita mahu menurunkan mereka bila-bila masa diperlukan,” jelas Yassin merujuk pemain tengah Mohd Syukri Baharun, pemain pertahanan Gerald Gadit dan penjaga gol Joslan Aping.

Sekembalin­ya dari Selangor, pasukan remaja Sabah akan menyambung aksi menentang Kelantan pada 9 April diikuti aksi terakhir pusingan pertama berhadapan JDT III pada 12 April.

Membuka aksi pusingan kedua, Sabah akan berhadapan Kedah pada 19 April, pasukan yang telah mereka tewaskan menerusi jaringan tunggal semasa perlawanan pusingan pertama ditempat lawan.

Selepas itu, Sabah akan melayani Pahang pada 23 April, satu lagi pasukan yang berjaya dijinakkan semasa pertemuan di Temerloh yang berkesudah­an dengan 2-1.

Diikuti aksi menentang MISC-MIFA pada 26 April, di mana semasa pertemuan pertama ditempat lawan, pasukan negeri ini menang dengan keputusan 2-0.

Perlawanan keenam berturut-turut di negeri ini menentang Perlis pada 30 April akan menjadi perlawanan paling getir pasukan itu merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mendapat tiga mata penuh dari pasukan negeri ini.

Namun begitu, dengan rekod cemerlang menerusi lima kemenangan dan satu kali kalah, Sabah pasti menaruh azam tinggi untuk membalas dendam kekalahan sebelum ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia