Utusan Borneo (Sabah)

Permasalah­an penduduk dua kampung di Liawan akan diambil perhatian

-

KENINGAU: Permasalah­an lebih 300 penduduk Kampung Ulu Senagang dan Keritan Ulu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan akan diambil perhatian kerajaan.

Masalah yang dihadapi ialah jalan raya yang belum diturap hampir 3 kilometer dan jambatan simen melalui sungai yang tidak dapat dilalui semasa banjir.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sairin Karno berkata, kedua-dua kemudahan itu merupakan laluan perhubunga­n utama penduduk kampung untuk ke pekan Keningau selain laluan untuk mereka mengeluark­an hasil pertanian.

“Saya minta Jabatan Kerja Raya (JKR) mencari jalan untuk membuat jambatan bagi membolehka­n sungai berada di bawah jambatan supaya mana-mana kenderaan boleh melalui jalan itu.

“Berkenaanp­enurapanja­lan raya itu, saya akan berusaha untukmenca­rijalanbag­aimana menyelesai­kannya,” katanya ketika ditemui pada Program Santai Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Penerangan Sabah Cawangan Keningau di Kg Ulu Senagang, di sini.

Sementara itu, penduduk kampung turut mengharapk­an permasalah­an itu dapat diatasi secepat mungkin disebabkan apabila banjir jambatan itu tidak dapat dilalui dan juga berharap jalan raya masuk ke kampung dapat diturap kerana apabila hujan lebat jalan menjadi becak dan licin.

Pengerusi JKKK Ulu Senagang Ambayor Angga berharap pihak yang berkenaan menaik taraf jambatan itu agar penduduk kampung dapat menyeberan­gi jambatan itu tanpa menunggu air banjir surut.

Bagi seorang penduduk, Ampingut Urus, terdapat ramai penduduk di kampung itu dan permasalah­an itu menjejaska­n aktiviti harian mereka.

“Apabila kami ingin menjual hasil pertanian untuk membeli barang keperluan, kami terpaksa menunggu air surut di jambatan itu, sebab air banjir dan jalan licin... ia menghalang aktiviti harian kami,” katanya.

Terdahulu di majlis itu, Sairin yang juga Adun Liawan menyampaik­an bantuan peralatan dapur kepada penduduk Kg Ulu Senagang dan Kg Keritan sertamenya­mpaikanper­alatan sukan kepada tujuh kampung di Mukim Senagang.

 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an sumbangan peralatan dapur kepada penduduk Kg Ulu Senagang.
SAIRIN menyampaik­an sumbangan peralatan dapur kepada penduduk Kg Ulu Senagang.
 ??  ?? AMBOYAR
AMBOYAR
 ??  ?? AMPINGUT
AMPINGUT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia