Utusan Borneo (Sabah)

RUU untuk lindungi negara

Banyak negara turut memperkena­lkan undang-undang serupa, kata Sapawi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Hanya golongan yang mahu merobek kemakmuran dan keharmonia­n negara akan menolak Rang Undangunda­ng (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Ia kerana jelasnya, undang-undang berkenaan adalah untuk melindungi kepentinga­n negara dalam semua aspek termasuk ekonomi.

Beliau berkata RUU itu yang dijangka diluluskan Parlimen minggu ini diperkenal­kan sebagai langkah menghadapi cabaran dunia digital tanpa sempadan di mana aliran maklumat begitu mudah diperolehi dengan pantas.

“Hanya mereka yang mempunyai pemikiran negatif dan menjadi ‘kilang berita palsu’ akan membantah RUU ini... sebab ia akan dianggap menjadi kekangan kepada mereka menyebarka­n fitnah dan tipu helah.

“Golongan sebegini matlamatny­a hanya untuk merobek kemakmuran dunia, justeru RUU ini perlu demi untuk mempertaha­n kepimpinan negara daripada serangan fitnah dan menolak berita tidak benar,” katanya ditemui selepas melancarka­n Karnival Sukan Parlimen Sipitang dan Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Akhir Liga Bolasepak Veteran Piala Parlimen Sipitang, di sini petang Ahad.

Sapawi yang juga ketua bahagian Umno Sipitang berkata RUU berkenaan pada umumnya mendapat sokongan pelbagai pihak kerana ia penting untuk membendung ancaman yang menerobos pertahanan dunia digital.

Katanya, banyak negara lain sudah memperkena­lkan undang-undang serupa, antaranya Indonesia, Thailand dan Singapura.

Ia dilakukan bagi membendung penularan berita tidak benar yang disebarkan pihak tertentu yang mempunyai muslihat dan agenda tersendiri, termasuk menakluki aspek budaya dengan mengambil kesempatan kebebasan dunia tanpa sempadan.

“Sebab itu, di Malaysia, kita perlukan undangunda­ng sebegini supaya rakyat mendapat maklumat tepat dan usaha mereka yang mahu menghancur-leburkan keharmonia­n komuniti kita tidak akan berhasil,” katanya.

Beliau mengambil contoh penyebaran berita palsu dalam PRU lepas mengenai kehadiran 60,000 warga Bangladesh yang dikatakan dibawa masuk ke negara ini.

Katanya, ramai orang terpedaya dengan dakyah berkenaan sedangkan ia tidak masuk akal, namun kesannya memudaratk­an.

 ??  ?? SAPAWI bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada program itu.
SAPAWI bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia