Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bangkit bergaya tumpaskan SSBJ B16

-

KOTA KINABALU: Pasukan 19 tahun ke bawah Sabah bangkit penuh bergaya untuk menewaskan Bawah 16 Tahun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ B16) dalam saingan Liga Kumpulan A, Piala Belia 2018 di padang Majlis Sukan Negara pada Ahad.

Tersentak dengan jaringan pemain tuan rumah Mohd Aiman Fahmi pada minit ke34, Sabah hanya memerlukan enam minit untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan Mohd Syamil Nizam Iqbal Khan pada minit ke-40.

Kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Bermula babak kedua, Sabah menggandak­an usaha dan menjaringk­an gol pendahulua­n dalam minit ke55 menerusi pemain tengah Owen Piou untuk kedudukan 2-1.

Belum berpuas hati, jentera negeri ini terus mengatur asakan bertubitub­i memaksa pertahanan lawan hilang tumpuan untuk membolehka­n penyerang Mohd Hizaz dan pemain pertahanan Leonardo Lisua menambah dua lagi gol masing-masing dalam minit ke-61 dan ke-75 untuk kemenangan muktamad 4-1 seterusnya membawa tiga mata penuh.

Kejayaan itu membolehka­n Sabah mempertaha­nkan rekod tanpa kalah di dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, kesemuanya di tempat lawan, sekaligus mara ke keduduan ketiga bersaing dengan 10 pasukan lain dalam kumpulan itu.

Pengurus pasukan Azman Mastar (gambar) nyata sangat bersukacit­a sebaik wisel penamat perlawanan ditiup oleh pengadil.

“Saya begitu teruja dan gembira kesungguha­n para pemain untuk memastikan kita pulang dengan membawa tiga mata penuh dari perlawanan ini.

“Kita agak gusar dalam separuh masa perlawanan dalam babak pertama, tetapi para pemain bertindak pantas menyamakan kedudukan dan tidak menoleh belakang selepas itu.

“Kita bebas daripada kekalahan dalam tiga perlawanan sebelum ini dan kita akan terus bekerja keras untuk memastikan kita terus mencapai keputusan-keputusan yang kita idamkan,” jelas beliau dihubungi Isnin.

“Kesemua tiga perlawanan kita kita belum ini bukanlah perlawanan yang mudah, lebih-lebih lagi ianya berlangsun­g dalam masa seminggu.

“Saya benar-benar berbangga dengan komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukka­n olah para pemain yang memberi kerjasama padu kepada ketua jurulatih mereka Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah,” puji Azman.

Kejayaan Ahad itu menyaksika­n Sabah mengumpul 10 mata menerusi lima perlawanan dengan rekod tiga kali menang, satu kali seri dan kalah.

Perlawanan seterusnya untuk pasukan negeri ini ialah menetang Pahang di tempat lawan pada 4 April (esok).

- Oleh DESMOND QWEK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia