Utusan Borneo (Sabah)

Sedari jangkitan tibi dalam diri masing-masing

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatk­an agar lebih menyedari jangkitan penyakit tibi memandangk­an kebarangka­lian kuman itu wujud dalam diri masingmasi­ng adalah tinggi.

Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr Jiloris @ Julian Frederick Dony berkata, bagi meningkatk­an kesedaran itu, program Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri akan diadakan pada 14 April ini.

“Kini satu pertiga penduduk dunia mempunyai risiko jangkitan tibi yang mana, kuman bagi penyakit ini terdapat dalam badan masing-masing tetapi tidak menunjukka­n tanda-tanda jangkitan itu.

“Antara tanda-tanda awal penyakit itu adalah batuk berterusan dan berat badan menurun secara tiba-tiba,” katanya ketika Sesi Temubual Promosi Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai penyakit kencing manis tidak terkawal dan HIV mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan tibi kerana tahap imuniti badan yang lemah.

“Orang ramai yang batuk perlu tutup mulut dan menghala ke bawah agar dapat mengurangk­an jangkitan tibi kepada individu lain,” katanya pada majlis itu yang diadakan di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu bermula seawal jam 6 pagi.

Jiloris berkata, larian amal Zero Run sejauh 10 kilometer turut diadakan pada awal pagi itu.

“Kini, penyertaan larian ini sudah merekodkan kira-kira 300 orang. Kita menyasarka­n seramai 400 orang menyertai larian ini.

“Terdapat juga saringan tibi secara percuma pada majlis hari itu dan pelbagai acara sampingan yang menarik diadakan.

“Program itu akan disempurna­kan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi,” katanya.

 ??  ?? JILORIS
JILORIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia