Utusan Borneo (Sabah)

‘Piala Dunia FIFA 2018 Rusia’ di Pas Saluran Piala Dunia Astro

Liputan komprehens­if ‘Piala Dunia FIFA 2018 Rusia’ menerusi Pas Saluran Piala Dunia Astro

-

SELAKU penyiar rasmi ‘Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia’, Astro bakal membawakan kepada rakyat Malaysia secara eksklusif liputan paling komprehens­if kejohanan sukan bola sepak terulung dunia menerusi saluran Astro, Astro GO dan perkhidmat­an prabayar NJOI.

Astro baru-baru ini telah melancarka­n Pas Saluran Piala Dunia yang akan menyiarkan 64 perlawanan secara langsung menerusi kualiti kejelasan berdefinis­i tinggi (HD) di setiap skrin paparan mulai 14 Jun hingga 15 Julai ini.

Di majlis pelancaran­nya itu, legenda sukan bola sepak dunia, Hernán Crespo yang sebelum ini pernah mempamerka­n aksi cemerlang ketiga beraksi dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA dan Louis Saha, pemain dari pasukan Perancis hadir membuat penampilan istimewa.

Ketua Bahagian Sukan, Astro Lee Choong Khay dalam satu kenyataan berkata, “Kami mahu semua rakyat Malaysia, termasukla­h di kalangan mereka yang bukan pelanggan Astro merasai bahang kehangatan ‘Piala Dunia FIFA’, justeru kami turut membuka peluang kepada semua di luar sana untuk menontonny­a menerusi platform Astro GO.”

“Tambahan pula, kejohanan Piala Dunia pada kali ini bersiaran pada masa yang lebih sesuai, yang mana separuh dari perlawanan­nya dijangka akan bermula sebelum 11.00 malam.

“Oleh yang demikian, kami merasakan lebih banyak lagi outlet makanan dan minuman dapat turut sama meraikan Piala Dunia sepanjang sebulan yang akan datang kelak,” tambahnya.

Penonton juga berpeluang untuk mengalami pengalaman lebih hebat di skrin-skrin alternatif seperti di Stadium Astro dan di aplikasi VR, yang mana akan membawakan kepada anda perlawanan secara langsung dari sisi kamera pelbagai sudut (‘multi-angle cameras’), 180 darjah sudut pandang menggunaka­n teknologi VR ketika berlangsun­gnya perlawanan, paparan keputusan dan statistik perlawanan, sorotan eksklusif perlawanan, momen di sebalik tabir, liputan terkini, laporan analisis perlawanan dari wakil-wakil jurucakap popular bahagian sukan dan banyak lagi.

‘Pas Saluran Piala Dunia’ ditawarkan kepada Pelanggan ‘Pek Sukan Astro’ / ‘SuperPack’ / ‘SuperPack Plus’, yang mana mereka turut berpeluang untuk memenangi hadiah percutian eksklusif ke Rusia yang ditanggung sepenuhnya.

Semua pas ini boleh didapatkan di www.astro. com.my/wc2018.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia