Utusan Borneo (Sabah)

Program Integrasi Borneo IV UMS capai matlamat

-

PROGRAM Integrasi Borneo IV Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menumpukan kepada hasil karya para pelajar dan pensyarahn­ya telah mencapai matlamat penganjura­nnya.

Program anjuran Teknologi Seni Visual UMS dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia itu yang telah diadakan di Muzium Marine Labuan diyakini berjaya memperkasa seni visual dalam kalangan masyarakat.

Pada program itu seramai 67 pelajar Seni Visual Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan mempamerka­n hasil karya masingmasi­ng bersama-sama para pensyarah universiti berkenaan yang bertemakan keindahan borneo.

Pensyarah Teknologi Seni Visual fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Dr Musnin Misdih yang juga penasihat program melahirkan rasa bangga dan gembira dengan perlakasna­an aktiviti anjuran para pelajarnya.

“Program ini dilaksanak­an dengan sempurna dan memenuhi keperluan dalam kursus pengurusan gelari yang dipelajari dalam kuliah.

“Program ini juga memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah dalam pertanding­an melukis dan pertanding­an mewarna bagi sekolah rendah,” katanya.

Dalam program sehari itu tambahnya, sebanyak 17 karya telah berjaya dijual semasa pameran dijalankan dan ia menunjukka­n program itu boleh memberikan impak yang baik kepada semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Program Nur Mahadi Halka mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang telah diberikan sehingga program itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Pengarah Muzium Labuan Salmiahwat­i Djafar

MUSNIN (duduk, empat kiri) dan Salmiahwat­i (lima kiri) bergambar kenangan bersama para pelajar UMS.

berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat memberikan kesan yang positif khususnya kepada para penggiat seni di pulau ini.

 ??  ??
 ??  ?? MUSNIN dan Salmiahwat­i mendengar taklimat karya para pelajar yang mengambil bahagian.
MUSNIN dan Salmiahwat­i mendengar taklimat karya para pelajar yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia