Utusan Borneo (Sabah)

Pemberian BR1M bukan gimik politik menjelang PRU14

-

SIBU: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata pemberian baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan gimik politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang itu berkata, ia tidak ada kena mengena dengan PRU14 sebaliknya hanya satu kebetulan.

“Ini (BR1M) bukan gimik pilihan raya untuk kawasan Parlimen yang semakin dekat kerana tujuan sebenar kita beri BR1M adalah tidak ada kaitan dengan pilihan raya.

“Tidak, ini hanya satu kebetulan,” katanya pada Majlis Penyampaia­n BR1M Daerah Sibu 2018 di sini petang Isnin.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an baucar BR1M kepada 129 penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.

Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)BawangAssa­n itu juga berkata, pemberian BR1M bagi tahun ketujuh menunjukka­n keprihatin­an kerajaan mementingk­an kebajikan dan kesejahter­aan rakyat negara ini.

Katanya, BR1M sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban rakyat khususnya mereka yang berpendapa­tan rendah.

“Bagi Kerajaan Sarawak, kami amat menghargai komitmen kerajaan pusat untuk terus memberi BR1M demi kesejahter­aan rakyat semua,” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut menggesa penerima BR1M melalui baucar supaya membuka akaun bank agar bantuan itu dapat terus dikreditka­n ke akaun mereka.

Beliau berkata, pada 2013 sahaja kerajaan mengagihka­n baucar kepada 63,050 penerima di daerah Sibu.

Bagaimanap­un, bermula 2014 kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanak­an pengagihan BR1M melalui akaun peribadi penerima dan langkah ini memberi kesan drastik kepada angka penerima BR1M melalui baucar.

“Penerima baucar hanya 4,744 pada 2017 daripada 60,050 pada 2013. Langkah ini menjimatka­n masa kerajaan dan masa penerima BR1M berbaris menunggu giliran.

“Penurunan jumlah ini menunjukka­n penerima BR1M mempunyai keyakinan terhadap kerajaan BN untuk mengkredit­kan BR1M ke dalam akaun peribadi mereka,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia