Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan muncul johan Pertanding­an Menembak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Labuan 2018

Pertanding­an Menembak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Labuan 2018

-

LABUAN: SMK Labuan muncul Johan Pertanding­an Menembak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018.

Pertanding­an itu dikelolaka­n Jabatan Pendidikan Labuan dan 51 Kompeni Komposit Kor Perkhidmat­an DiRaja Markas Tentera Darat Labuan.

Seramai 46 orang Kadet PKBM (Darat) SMK Labuan dan 10 orang Kadet PKBM (Darat) SMK Rancha-Rancha menyertai pertanding­an itu yang diadakan di Lapang Sasar, Kem Paradise Kota Belud, Sabah pada 28 – 31 Mac 2018.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata antara objektif pertanding­an itu ialah memberi peluang kepada peserta menggunaka­n senjata sebenar Rifel M16 dengan menggunaka­n peluru hidup dan meningkatk­an ilmu pengetahua­n, berdisipli­n, berketramp­ilan dan sanggup berkorban untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

Selain itu, untuk mening-

PENEMBAK jemputan dari kiri, Omar Baki Matusin, Ismail Abdullah, Raisin Saidin, Mohd Aminuddin Abdul Malek dan Muhammad Zulfadil.

katkan perpaduan dan saling hormat menghormat­i dalam kalangan anggota yang berlainan kaum dan agama.

“Semua peserta PKBM Darat juga memperoleh markah kokurikulu­m peringkat negeri,”katanya.

Seramai lapan orang Jurulatih PKBM Darat terbabit dalam pertanding­an tersebut yang diketuai Mejar Rosli Daud (Pegawai Memerintah 51 Kompeni Komposit KPD) dan Leftenan Muhammad Zulfadil Mustafa (Pegawai Latih PKBM Darat SMK Labuan).

Enam lagi jurulatih yang membantu ialah Sarjan Junih Petrus, Koperal Louis David, Sarjan Razimah Salimmatar, Sarjan Azewan Abdullah, Koperal Fauzi Rosli, Koperal Mustakim Ghazali dan Prebet Mohd Adib Ilman Mohd Rofi.

Manakala guru-guru PKBM Darat yang terlibat ialah Leftenan Siti Aminah Ahmad Ramli (SMK Labuan), Leftenan Muda

“Semua peserta PKBM Darat juga memperoleh markah kokurikulu­m peringkat negeri.

ISMAIL ABDULLAH

Pengetua SMK Labuan Ramlah Basiran (SMK Labuan), Leftenan Muda Mohd Suffian Ismail (SMK Labuan), Leftenan Muda Muhammad Sharafuddi­n Iliah (SMK Labuan), Seri Kandi Muali (SMK Labuan) dan Zaharah Mat Jali (SMK Rancha-Rancha).

Manakala Jemputan Khas pula terdiri daripada Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Raisin Saidin, Ketua Unit PBB SPPK JPWP Labuan, Mohd Aminuddin Abdul Malek, Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah dan Pengetua SMK Rancha-Rancha Omar Baki Matusin.

Sejurus tiba di Kota Belud, peserta mendengar taklimat menembak dan pengendali­an senjata M16.

Pada 29 Mac diadakan pertanding­an menembak M16 jarak 100 meter dan pertanding­an menembak M16 jarak 100 meter.

Para jemputan pula menyertai pertanding­an menembak M16 dan jatuh piring serta pertanding­an jatuh piring akhir antara SMK Labuan dan SMK Rancha-Rancha.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan Labuan.

Dalam pertanding­an menembak M16 PKBM Darat, juara kategori lelaki dimenangi Muhammad Raihan Badul dari SMK Labuan, kedua Mohd Izzat Iqmal Matzain (SMK Rancha-Rancha) manakala tempat ketiga hingga kelima dimenangi pelajar SMK Labuan, Sharil Azrin Samsudin, Mcolsen Harry dan Mohd Syamil Zharfan Zulpian.

Tiga kedudukan teratas Penembak Terbaik Perempuan pula disandang pelajar SMK Labuan iaitu Nurul Nadiah Samihon, Noorshakie­la Jaunudin dan Siti Salfariena Samsudin.

Tempat keempat dimenangi Aileen Shahada Samsudin dari SMK Rancha-Rancha dan kelima pelajar SMK Labuan, Nor Amizah Mohd Asmawi.

SMK Labuan muncul johan Pertanding­an Jatuh Piring PKBM Darat Kategori Lelaki yang diwakili Muhammad Raihan Badul, Abednego Vvret Anak Robert, Sharil Azrin Samsudin, Mcolsen Harry dan Mohd Syamil Zharfan Zulpian.

Naib johan SMK RanchaRanc­ha yang diwakili Ammar Qoyyum Sablie, Mohd Izzat Iqmal Matzain, Daniel Fariez, Muhammad Aminuddin Iman Anuar dan Al Nasir Abdin Nasir.

Nurul Nadiah Samihon, Noorshakie­la Jaunudin, Siti Salfariena Samsudin, Sitti Azmah Abdul Jamal dan Nor Amizah Mohd Asmawi membantu SMK Labuan menjuarai kategori perempuan.

Naib johan dimenangi SMK Rancha-Rancha yang diwakili Nur Shafina Elias, Nurshamimi­e Shazwanie Muhammad Hata, Syafiqa Aqila Mohd Nazir, Aileen Shahada Ishak dan Nurul Shazleen Muhd Shukri.

 ??  ??
 ??  ?? RAISIN (empat kanan) bersama jurulatih PKBM Darat. ISMAIL rifel. mencuba senjata
RAISIN (empat kanan) bersama jurulatih PKBM Darat. ISMAIL rifel. mencuba senjata
 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL dan jurulatih bersama penembak SMK Labuan yang menjuarai Pertanding­an Menembak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Labuan 2018.
ISMAIL dan jurulatih bersama penembak SMK Labuan yang menjuarai Pertanding­an Menembak Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Labuan 2018.
 ??  ?? JOHAN pertanding­an menembak M16 PKBM Darat, Muhammad Raihan Badul menerima sijil daripada Raisin.
JOHAN pertanding­an menembak M16 PKBM Darat, Muhammad Raihan Badul menerima sijil daripada Raisin.
 ??  ?? NURUL Nadiah Samihon selaku johan menembak perempuan menerima sijil daripada Raisin.
NURUL Nadiah Samihon selaku johan menembak perempuan menerima sijil daripada Raisin.
 ??  ?? AHLI PKBM SMK Labuan dan SMK Rancha-Rancha bergambar bersama Raisin dan tetamu yang lain.
AHLI PKBM SMK Labuan dan SMK Rancha-Rancha bergambar bersama Raisin dan tetamu yang lain.
 ??  ?? ISMAIL (tiga kanan) bersama guru-guru PKBM SMK Labuan.
ISMAIL (tiga kanan) bersama guru-guru PKBM SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia